RAKAN SIBER

Showing posts with label jenaka. Show all posts
Showing posts with label jenaka. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

B M W




Seorang lelaki memandu BMW 7 Series barunya yang merelit. Aura kereta berjenama dunia itu benar-benar mengujakannya. Sedang dia menikmati suasana itu tiba-tiba sebuah kereta lain yang dipandu laju menggesel bahagian kanan kereta mewahnya dengan teruk. Dia membrek dengan serta merta lalu berhenti di tepi jalan. Dia bergegas keluar melihat kesan kerosakan yang dahsyat. Dia menjerit-jerit melempias kemarahan sambil menunjuk kesan kerosakan pada keretanya. Apabila seorang anggota polis trifik tiba dia segera menghambur kemarahannya,

” Tengok kerosakan ini, tahu berapa saya perlu bayar untuk bimmers saya ini ?”
Anggota polis itu kehairanan melihat lelaki ini,

”Saudara...kamu begitu ambil berat tentang kereta, tetapi kenapa tidak tengok tangan kamu yang hampir hancur ?”

Lelaki itu tersentak dan memandang kepada tangannya yang parah. Dia menjerit dengan kuat,
”Ohhh...jam Rolexku !!!!!”

Moral of the story;
  1. Cinta dunia menjadikan manusia lupa diri, lupa keluarga dan lupa prinsip.
  2. Manusia sibuk memburu dunia sehingga lupa diri, keluarga dan agama.
  3. Putus tangan itu lebih sederhana jika dibandingkan dengan musnah diri, hancur sebuah perkahwinan, berantakan sebuah keluarga dan haru biru di dalam masyarakat.
  4. Dunia perlu bagi kita sebanyak yang mungkin tetapi letakkannya di tangan jangan di dalam hati.
  5. Dunia di tangan mudah mengimfakkannya. Mudah untuk sabar dan redha sekiranya terlepas dari genggaman : Hilang dunia bukan hilang segala-galanya.
  6. Dunia di dalam hati mebuahkan bakhil bin kedekut, rasa diri musnah apabila hilang dunia : Hilang dunia hilang pertimbangan
  7. Belilah kereta buatan Malaysia...
**Cerita hanya jenaka, tiada kaitan dengan sesiapa sahaja samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia....




Baca Seterusnya...

Thursday, November 26, 2009

FERRARI


Seorang lelaki India masuk ke ruang legar sebuah Bank di New York. Ragu-ragu. Tangannya memeluk erat dokumen yang dibawanya. Dia pergi ke kaunter khidmat pelanggan bertanya kaunter untuk membuat personal loan.
“ Bagaimana saya boleh buat pinjaman USD 5000.00? Saya cadang nak mulakan perniagaan…saya nak jual kain di negara saya !”
Dia bertanya kepada pegawai bank dengan bahasa Inggeris pekat bergulung, loghat Karala. Tangan membetulkan cermin matanya yang tebal.
“ Boleh…Tetapi perlu saya jelaskan kadar faedah kami adalah 30 % setahun”
Jawab pegawai bank,
“Disamping itu… kamu perlu memenuhi prosedur pinjaman kami.” Tegas pegawai.
Lelaki itu mengerut wajahnya. “Apa prosedurnya… ?”
“Kami perlukan cagaran sebagai jaminan !”
Kening lelaki ini berkerut… “ Bolehke jadikan kereta saya sebagai cagaran ?”
Dia menghulurkan dokumen yang dia bawa.
Pegawai tersenyum, dia membawa dokumen ke belakang berjumpa dengan pengurus atasan. Mereka berbincang dengan agak lama…Kereta itu adalah Ferrari. model baharu !

“Ok , pengurus setuju !”
Jawaban pegawai kepada lelaki tadi.
“Tetapi kalau kamu tidak dapat bayar balik pinjaman, kereta ini akan berpindah milik!” Pegawai bank mengingatkan risiko. Lelaki itu hanya mengangguk lemah.
Beberapa borang ditanda tangan, cek USD 5000.00 disimpan rapi dalam poket, kunci kereta berpindah tangan. Kereta disimpan bawah kawalan bank.
Semasa lelaki itu melangkah keluar, pegawai itu menggeleng kepala sambil tersenyum… “Ada juga orang macam ni dalam dunia…”
Sebulan kemudian lelaki itu datang balik berjumpa dengan pegawai bank. Dia membayar balik seluruh pinjaman campur faedah tolak rebat . Jumlah keseluruhan USD 5150.00.
Semasa lelaki itu ingin mengambil balik Ferrarinya. Pegawai tu sempat bertanya. “ Kenapa kamu sanggup ambil risiko cagarkan kereta untuk dapatkan USD 5000.00 ?”
“ Bolehkah tolong jangan bagi tahu sesiapa…” dia berbisik sambil matanya memerhati keliling.
“ Saya dah survey semua tempat yang boleh simpan kereta saya selama sebulan untuk saya balik ke India…tetapi semua tempat mahal termasuk insurannya sangat tinggi…Kat sini saya kena bayar US 150.00 aje dengan security tercanggih ! murah tu..”
Dia bersalam dan vrooooom memandu dengan selesa keluar dari kawasan keselamatan bank.
Moral :
1.Manusia ni banyak jenis kadang-kadang kita tak tahu niat sebenar diorang, kena sentiasa berhati-hati.
2.Ada yang cerdik plus bijak tapi kaki auta.
3.Kecerdikan tanpa nilai adalah malapetaka. Orang tak cerdik curi beberapa ekor ayam dari reban, orang cerdik curi syarikat ladang ayam.
4.Belilah kereta buatan Malaysia !

Baca Seterusnya...

Thursday, November 12, 2009

padah jahil


Tiga orang pengembara mengembara ke sebuah daerah terpencil di benua Afrika. Dalam pengembaraan itu mereka telah ditangkap lalu dibawa ke tengah kawasan yang berserakan dengan tengkorak manusia.
“Kamu telah memasuki kawasan kami dan akan dihukum mati!!” tempik ketua puak dengan wajah gerun.
“Tolonglah kami...” Rayu ketiga-tiga pengembara sambil menangis.
“Baiklah..oleh kerana kamu merayu aku beri kamu satu peluang.” jerit ketua puak, ketiga pengembara berasa dingin kelegaan.
“Tetapi dengan satu syarat!” sekali lagi dia bersuara.
”Apakah syaratnya?
”Kami akan turuti.” Sahut mereka bertiga.
”Kamu diminta mendapatkan buah-buahan untukku. Bawakan kepadaku sebelum matahari tergelincir.” Suaranya garuk menjelaskan syaratnya.
Tanpa berlengah mereka meluru ke dalam hutan untuk melaksanakan tugasan. Setelah hampir tamat masa yang yang diberikan, seorang pengembara dengan girang menunjukkan beberapa biji buah manggis yang ditemuinya kepada rakannya yang hanya menjumpai beberapa butir buah ceri.
Kedua mereka segera menyerahkan buah yang mereka temui kepada ketua puak.
“Bagus...bagus!” Ucap ketua puak.
“Kamu telah berjaya melaksanakan tugasan pertama, sekarang buat tugasan kedua pula.”
”Hah !! ada tugasan lagi ?” jerit mereka serentak.
”Kamu diminta memasukkan buah itu ke dalam lubang hidung masing-masing. Kamu tidak dibenarkan menangis atau ketawa semasa memasukkannya.”
Alangkah kesalnya pengembara yang membawa buah manggis, tetapi apakan daya demi menyelamatkan diri sendiri, dia berusaha sekuat hati memasukkan buah manggis itu ke dalam lubang hidung, beberapa kali dia mencuba tetapi gagal ..kerana sakit dia menangis.
”Kamu akan dihukum mati kerana menangis ! jerit ketua puak tanpa belas kasihan.
Dia dicampak ke dalam sangkar kayu bagi menunggu saat hukuman dilaksanakan.
Di dalam sangkar dia menyalahkan diri sendiri kerana memilih buah manggis .
”Kenapalah aku cari manggis..alangkah baiknya kalau aku ambil buah ceri sahaja macam sahabat yang seorang tu..” Kesal di hati tak sudah –sudah.
Tiba-tiba pintu sangkar terbuka dan rakannya dihumban masuk.
”Eh... kenapa kamu kat sini, bukankah buah ceri tu kecil dan mudah untuk dimasukkan ke dalam lubang hidung kamu?”
”Memanglah mudah, tapi mana aku boleh tahan... sedang aku masukkan buah ceri dalam lubang hidung tup-tup datang kawan kita yang sorang lagi tengah dok heret buah nangka!”
”Akupun tergelak besar..bayangkan bagaimana nak sumbat nangka tu dalam lubang hidung dia!”
Pokoknya, semua mereka keluar cari buah tapi tak tahu apa tujuannya....itulah padah bila tak tahu !

Moral:
1.Bila kita jahil, buat sesuatu yang baik pun jadi salah!
2.Sebab itu jahil adalah musuh agama, musuh Allah dan musuh dalam hidup ini.
3.Tuntutlah ilmu sampai bila-bila.
4, Tawadhuklah apabila berilmu

Baca Seterusnya...

Tuesday, July 14, 2009

Si Hodoh dan Si Cantik


Beauty (the dumb) and the beast .

Seorang professor berwajah hodoh berjalan ke serata tempat untuk mencari pasangan hidup. Pada suatu hari dia bertemu dengan seorang gadis jelita tetapi tersangat bodoh lagi dungu. Gadis itu memikat hati kecilnya, dia telah jatuh cinta!


Profesor itu segera pulang memberitahu kedua ibubapanya tentang gadis pujaan hati bagi urusan meminang,
”Saya bercadang menjadikan gadis cantik itu sebagai isteriku. Alangkah beruntungnya kerana, hasil perkahwinan nanti kami akan dapat anak-anak yang cantik sepertinya dan cerdik macam saya!” Ujar profesor kepada kedua orang tuanya dengan girang, penuh meyakinkan ada bunga-bunga cinta.
Jawab ayahnya,
” Bagus betul cadangan tu…. Tetapi bagaimana nanti jika anak kamu itu hodoh seperti kamu dan bodoh macam dia ?”
Errr… ya tak ya juga . Fikir professor itu.

Moral of the story:

1. Kita selalu fikir sesuatu perkara hanya sehala.
2. Kita jarang nampak benda lain yang berbeza bila kemahuan kita memuncak.
3. Pandangan orang lain sangat diperlukan bagi mengimbangi apa yang kita fikirkan.
4. "Jangan biarkan diri anda diselubungi....cintaaa."Cinta itu tidak hanya buta tapi juga pekak !

Baca Seterusnya...

Thursday, June 25, 2009

Kotak Sihir


Sepanjang perjalanan jauh itu Mbonoh asyik bercerita tentang kampung halamannya. Dalam kereta dia tidak boleh duduk diam tercangak-cangak melihat bangunan tinggi di Bandar Sydney. Dia benar-benar rasa teruja dengan pandangan baru ini. Dia dibawa ke kota besar ini oleh David seorang penyelia program pendedahan masyarakat orang asli dengan kehidupan moden.
“Di kampung, paling menakutkan kami, ada seorang tukang sihir perempuan yang boleh menukar orang menjadi seekor katak menggunakan sebuah kotak ajaib…”


Dia bercerita lagi bersungguh-sungguh, mungkin membandingkan keadaan kampungnya yang kuno dan Sydney yang hebat.
Apabila sampai di sebuah hotel, David menguruskan daftar masuk sedang Mbonoh memilih duduk di kerusi di hadapan lift. Dia melihatnya dengan penuh hairan dan kaget sekali. Apabila proses daftar masuk selesai David mengajak Mbonoh naik ke tinggkat dua puluh dengan menaiki lift. Mbonoh bermati-matian tidak mahu naik lift.
“Tidakkk!!”
“Tidakkk!!”
“Ampun..Jangan paksa saya .”Jerit Mbonoh
“Kenapa ni ?” Tanya David.
“Saya ingat di kampung saya sahaja ada kotak sihir.”
“Kenapa ?” Tanya David lagi kehairanan.
”Mana mungkin saya nak masuk dalam kotak besar ni !!” Sambil menuding ke arah lift.
”Tadi saya lihat ada seorang budak muda masuk lepas tu pintu kotak ni tertutup bila terbuka kembali dia keluar saya tengok dia dah jadi tua bertongkat. Lepas tu masuk seorang perempuan pintu tertutup lepas tu keluar dia jadi lelaki. Lebih saya takut masuk dua orang lelaki tapi bila pintu terbuka kembali, seorang jadi lelaki lain dan kawannya tu jadi seekor anjing!”
Mbonoh menjelaskan apa yang dia tengok sebentar tadi
”Tak nakkk.. tolong bawa saya balik kampung!
David tersenyum..Kesian Mbonoh, dia fikir lift itu adalah kotak sihir seperti di kampungnya.

Moral of the story:
• Kita akan fikir hanya apa yang kita tahu.
• Agama menyuruh kita menambah ilmu setiap hari agar banyak yang kita tahu, baru akal boleh fikir dengan betul. Allah berfirman :
”Katakanlah, Wahai Tuhanku tambahkan aku ilmu...”
• Pemikiran tidak berkembang berpunca dari ilmu dan maklumat yang terhad dan tidak bertambah.
• Ilmu menjadikan kita seseorang berbeza dengan orang lain, bahkan dengan diri kita sendiri semasa dahulu kita tidak tahu.
• Gunakan tangga, jangan guna lift untuk bersenam setiap hari!

Baca Seterusnya...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP