MISTERI DI SEBALIK WAJAH 'JESUS'
Petang itu saya bertasbih dan bertahmid berkali-kali di hadapan paparan skrin tv yang baru habis memaparkan rancangan daripada History Channel. Rancangan yang dimaksudkan bertajuk: ‘Da Vinci Shroud.’ ( Kain Kapan Da Vinci). Saya bersyukur dan memuji Allah, kerana hidayah Allah menjadikan saya seorang muslim. Menganut sebuah agama yang benar dan datangnya dari Allah. Betapa benarnya Allah dalam firmanNya: “ Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam…”- al Imran 19.
Apa yang saya ingin kongsikan adalah salah satu kekalutan daripada ajaran Kristian dalam persoalan paling asas kepada dalil dan sandaran kepercayaannya. Apa yang dikupas begitu menarik dan saya kira sahabat dari penganut Kristian tentunya berfikir dengan mendalam atas penghujahan yang diutarakan di dalam rancangan itu. Apa yang dibentangkan itu adalah beberapa hipotesis yang disokong oleh kajian santifik yang tentu sekali sukar untuk disangkal. Mari kita lihat apa yang di utarakan itu:
Semuanya bermula mengenai sehelai kain yang dikenali sebagai ‘Shroud of Turin’. Ia adalah kain kafan yang di dakwa oleh penganut Kristian sebagai kafan yang digunakan untuk membalut tubuh Jesus setelah ia di salib. Ia telah menjadi kain suci sejak sekian lama .
Pada tahun 1958 Pope Pius XII mengesahkan wajah yang terdapat pada paparan kain itu adalah wajah Jesus . Pada 2 Mei 2010 semasa melawat ke gereja St. John the Baptist di Turin Itali itu Pope Benedict mengulas, kain kafan itu menggambarkan betapa sengsara kesakitan yang ditanggung oleh Jesus ketika disalib dan mengatakan bahawa kain itu sebagai: “ an icon written in blood ”. Lebih menarik , wajah Jesus yang digambarkan pada lukisan dan arca –arca yang terdapat di seluruh dunia pada hari ini adalah diambil dari kesan wajah yang terdapat pada kain kapan “suci” itu. Kain itu hakikatnya sangat penting sebagai teras kepercayaan ajaran Kristian. Sehingga hari ini ia masih dijaga sebagai bahan suci yang sangat tinggi nilainya.
Seorang kawan penganut agama Kristian akan membawa gambar Jesus ke mana-mana dengan harapan sentiasa diperhatikan....dia penuh yakin itulah wajah Jesus yang dianggap sebagai anak Tuhan. ( Maha Suci Allah dari sebarang perkara yang tidak layak bagiNya).
Apakah yang menggemparkan di sebalik kain ’suci’ ini ? :
Kajian saintifik telah dilakukan pada tahun 1988 terhadap kain linen selebar 4.4 x 1.1 meter oleh University of Oxford, University of Arizona dan Swiss Federal Institute of Technology. Kajian yang dibuat berasingan dari sampel kain menggunakan Radiocarbon dating test mendapati bahawa umur kain itu adalah diantara tahun AD 1260- AD 1390. Ia didapati pada zaman pertengahan iaitu seribu tahun selepas peristiwa ’penyaliban’ Jesus!
Pope John Paul II ketika itu memberi komennya dengan mengatakan :

”Since we’re not dealing with a matter of faith, the church can’t pronounce itself on such questions. It entrust to scientists the task of continuing to investigative, to reach, adequate answers to the question connected to this shroud.” Dia tetap mempertahankan dengan mengatakan bahawa itu adalah wajah anak Tuhan yang disiksa untuk menghapuskan dosa manusia.
Banyak kajian beserta andaian oleh pakar dan saintis terus dilakukan dan semuanya membawa semakin jauh daripada kebenaran yang cuba dipertahankan oleh pihak gereja....
Banyak kajian beserta andaian oleh pakar dan saintis terus dilakukan dan semuanya membawa semakin jauh daripada kebenaran yang cuba dipertahankan oleh pihak gereja....
Apa kaitan diantara gambar 'Jesus' yang ada diseluruh dunia dan gambar Leonardo Da Vinci...nanti kita sambung lagi, Inshaalah.
(Saya sempat melihat di hadapan meja, Al-Quran dan buku-buku yang menjelaskan tentang kaitan al Quran dan sains....sekali lagi saya bersyukur atas nikmat Islam...bagi rakan-rakan, untuk lebih penghayatan sila lihat siaran di History Channel yang masih diulang-ulang di saluran 555 Astro. )
0 comments:
Post a Comment