RAKAN SIBER

Thursday, June 25, 2009

Kotak Sihir


Sepanjang perjalanan jauh itu Mbonoh asyik bercerita tentang kampung halamannya. Dalam kereta dia tidak boleh duduk diam tercangak-cangak melihat bangunan tinggi di Bandar Sydney. Dia benar-benar rasa teruja dengan pandangan baru ini. Dia dibawa ke kota besar ini oleh David seorang penyelia program pendedahan masyarakat orang asli dengan kehidupan moden.
“Di kampung, paling menakutkan kami, ada seorang tukang sihir perempuan yang boleh menukar orang menjadi seekor katak menggunakan sebuah kotak ajaib…”


Dia bercerita lagi bersungguh-sungguh, mungkin membandingkan keadaan kampungnya yang kuno dan Sydney yang hebat.
Apabila sampai di sebuah hotel, David menguruskan daftar masuk sedang Mbonoh memilih duduk di kerusi di hadapan lift. Dia melihatnya dengan penuh hairan dan kaget sekali. Apabila proses daftar masuk selesai David mengajak Mbonoh naik ke tinggkat dua puluh dengan menaiki lift. Mbonoh bermati-matian tidak mahu naik lift.
“Tidakkk!!”
“Tidakkk!!”
“Ampun..Jangan paksa saya .”Jerit Mbonoh
“Kenapa ni ?” Tanya David.
“Saya ingat di kampung saya sahaja ada kotak sihir.”
“Kenapa ?” Tanya David lagi kehairanan.
”Mana mungkin saya nak masuk dalam kotak besar ni !!” Sambil menuding ke arah lift.
”Tadi saya lihat ada seorang budak muda masuk lepas tu pintu kotak ni tertutup bila terbuka kembali dia keluar saya tengok dia dah jadi tua bertongkat. Lepas tu masuk seorang perempuan pintu tertutup lepas tu keluar dia jadi lelaki. Lebih saya takut masuk dua orang lelaki tapi bila pintu terbuka kembali, seorang jadi lelaki lain dan kawannya tu jadi seekor anjing!”
Mbonoh menjelaskan apa yang dia tengok sebentar tadi
”Tak nakkk.. tolong bawa saya balik kampung!
David tersenyum..Kesian Mbonoh, dia fikir lift itu adalah kotak sihir seperti di kampungnya.

Moral of the story:
• Kita akan fikir hanya apa yang kita tahu.
• Agama menyuruh kita menambah ilmu setiap hari agar banyak yang kita tahu, baru akal boleh fikir dengan betul. Allah berfirman :
”Katakanlah, Wahai Tuhanku tambahkan aku ilmu...”
• Pemikiran tidak berkembang berpunca dari ilmu dan maklumat yang terhad dan tidak bertambah.
• Ilmu menjadikan kita seseorang berbeza dengan orang lain, bahkan dengan diri kita sendiri semasa dahulu kita tidak tahu.
• Gunakan tangga, jangan guna lift untuk bersenam setiap hari!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP