Orang Yang Berselimut Akan Bangkit!
Saya terpacak di bawah terik mentari Karachi. Berdiri di tepi jalan menghirup habuk dengan aroma tersendiri. Jutaan kaki lalu lalang mengusung badan ke serata lorong dan bangunan, fenomena yang tidak pernah surut-surut di kota penuh sesak ini.
Dalam gelisah menunggu bas tiba-tiba saya disapa seseorang dari arah belakang,
”Kamu dari Malaysia ?” Tanya seorang Pakistani kepada saya dengan bahasa Inggeris pekat loghat Urdhu.
Tak susah untuk mengenali orang Malaysia yang bertubuh serta hidung sedikit rendah berbanding manusia lain di Karachi.
“Ya ..” Saya menjawab dengan kelibat sedikit bangga.

“Tum musalman?”
Soalan ini sering kali ditanya oleh mereka yang berada di Republik Islam ini kepada orang luar, ia bermaksud ‘Kamu muslim?’, mungkin mereka menyangka hanya mereka yang Islam di planet bumi ini.
Saya hanya mengangguk dengan pandangan tidak selesa.
“Saya Abdul Rahman dan ini kawan saya Micheal.” Dia memperkenalkan diri tanpa saya bertanya, tangan dihulur dan kami berjabat tangan.
“Michael dulu musalman dan bernama Abdul Malik, sekarang dia seorang Kristian.” Tuturkatanya lancar saya tersentak darah tersirap. Murahnya harga agama ini letus pertanyaan bersiponggang dalam benak saya.
“Saya juga bercadang untuk masuk Kristian minggu depan insaalaa..” bicaranya bendul, saya terasa rimas di bawah terik mentari Karachi dan sekarang terasa hangat menyengat hingga ke tulang sum-sum. Insha’alah dah jadi mainan di bibir, rompong makna.
Saya memerhatinya dalam pelbagai gelutan rasa: Sedih ? Marah? Simpati ? Kesal ? Saya tidak pasti tentang rasa hati sendiri pada saat itu.
Kemudian dia beria-ia membuka fail yang dikeleknya dan menunjuk beberapa paper cutting, terjurai dan berambu. Di situ dia mengeluarkan bahan yang diedar oleh pihak gereja yang memaparkan tentang ceramah beberapa tokoh agama di Malaysia, ia mendedahkan tentang gejala murtad, termasuk fakta angka di sana sini.
“Ramai betul di Malaysia keluar Islam ya?” Tanyanya menagih kepastian bagi mengukuh kesimpulan dalam dirinya sendiri.
Saya tersentak, bahan ceramah kita telah jadi senjata makan tuan. Ia digunakan dengan cermat oleh pihak gereja di luar Malaysia bagi membuktikan bahwa umat Islam di Malaysia pun dan tak mahu pada Islam. Yang pasti Abdul Rahman telah termakan dengan taktik ini !
Buat seketika saya hanya mampu menggeleng-geleng kepala dan menghadiahnya senyuman sumbing, pahit.
Saya tidak berminat menjawab lontaran soalannya.
“Saya nak tanya… adakah kamu menyimpan paper cutting tentang berapa ramai orang Kristian masuk Islam di Malaysia ?”
Saya mengaju soalan, menjelas maklumat yang tidak dibekal oleh pihak gereja.
Jelas dia terkejut dengan soalan saya
”Ada orang Kristian masuk Islam di Malaysia ?!” Dia bertanya dengan suara separuh menjerit. Jelas dia tersentak dan keliru dengan fakta baru ini.
”Kamu patut minta ini dari gereja...” Saya mengesyorkan. Dia pula kelihatan kaget. Ketika itu, dari jauh saya telah melihat bas yang saya tunggu semakin hampir, bunyi pekikan kelindan menjerit: "Safari Park!! Safari Park !! Universiti Road !! Universiti Road !! "destinasi saya itu menjadi irama lagu Hindi, bas semakin mendekat.
”Beginilah..”saya seakan memberinya cadangan.
”Saya minta agar kamu dapat mencari jawaban sebelum kamu masuk Kristian.”
”Kenapa ada orang Islam masuk Kristian dan kenapa ada orang Kristian masuk Islam..?”
”Assalamualaikum.” Saya hanya sempat melambai dan berlalu pergi, tangan kiri mencapai tempat pegang pintu bas, kaki melompat pantas. Bas di Pakistan tidak berhenti sepenuhnya untuk mengambil penumpang, penumpang perlu proaktif.
Ketika duduk diam di kerusi bas saya menarik nafas panjang, fikiran terbang mencari jawaban tentang agama, cara kita berdakwah, anak-anak muda yang kian jauh dari Islam dan di tasik hati ada gambar wajah Abdul rahman yang beriak-riak dengan sejuta simpati..
”Entahlah...” saya melepas nafas dalam, banyak soalan dalam hidup ini tidak punya jawaban pasti. Di luar, bumi separuh gurun ini berpapasan lewat jendela bas, fenomenanya berhabuk berbau busuk.
Selepas hari itu, peristiwa Abdul Rahman saya lupakan kerana setiap hari di Pakistan sentiasa ada cerita baharu yang mengambil ruang. Semuanya terkini dan sensasi!
Sehinggalah pada suatu hari di tempat tunggu bas yang sama hampir sebulan kemudian, dari arah belakang, bahu saya ditepuk, saya menoleh. Wajah Abdul Rahman dengan senyuman menguntum mengambil ruang. Dengan segera saya mengecam wajahnya, sepontan bertanya, ”Apa nama kamu sekarang ?” Tegas dan terus ke matlamat.
”Err... masih Abdul Rahman.” Sahutnya perlahan.
”Kenapa ?” Soalan itu tentunya sambungan dari dialog lama kami sebulan lampau.
”Saya sebenarnya tidak dapat jawaban kepada soalan kamu. Kenapa ada orang Islam masuk Kristian dan kenapa orang Kristian masuk Islam. "
Saya tersenyum, tetapi dalam hati mencurah-curah rasa lega setidaknya seseorang sedang berfikir dengan waras dan hidayah Allah masih miliknya.
Saya tidak segera menjawab tetapi meninjau minatnya . Jelas dia inginkan kepastian. ”Begini... Sebenarnya untuk dua keadaan ini hanya ada satu jawaban.” Saya cuba bercakap perlahan-lahan, seulas-seulas.
”Jadi apa jawabannya...” Pintasnya, mungkin mencari jawaban bagi teka tekinya selama sebulan.
”Kejahilan !” Saya mengeraskan suara, pandangan saya pakukan dalam sinar dari bola matanya.
Dia mengerut kening, bahunya sedikit terangkat tentunya mahu penjelasan lanjut.
”Orang Islam keluar kerana dia jahil tentang Islam ini. Orang kristian pula tidak masuk Islam sehingga dia membuang kejahilannya dan mengkaji tentang Islam terlebih dahulu.”
Saya membuat penjelasan dia mendengar.
“Kamu lihat mereka yang meninggalkan Islam ini ialah mereka yang tidak tahu tentang Islam lalu mudah terpengaruh untuk keluar, kamu tidak akan menemui seorang ustaz apatah lagi seorang ulama yang keluar dari Islam. Tetapi dalam Kristian begitu ramai paderi-paderi yang mengkaji dan akhirnya mereka memeluk Islam.” Saya berkhutbah di tepi jalan di celah-celah langkah orang ramai, dia masih tekun mendengar.
“Kalau jahil, kita membuat keputusan bukan berdasar fakta tetapi pertimbangan lain yang tidak punya asas, kita mudah dimanupulasi atas perkara yang tidak benar.” Saya menokok dia mengangguk kecil.
“Sebuah kepercayaan mesti terlebih dahulu berdiri atas perkara yang benar !” Saya membuat noktah dan perlu berhenti. Untuk selebihnya biar dia berfikir sendiri.
Teriakan dari kelindan bas sudah kedengaran, saya beri salam perpisahan, dia memeluk saya dengan erat.
“Syukria..syukria.” ucapnya berkali-kali mengakhiri pertemuan itu. Diharapkan agar dia akan kekal sebagai hamba Ar-Rahman seperti namanya yang indah itu.
Banyak yang saya pelajari dari dialog sepontan dengan Abdul Rahman, ia buat kita merenung tentang cara kita menangani isu murtad dengan berkesan, silap langkah kita terjerumus kepada setuasi lebih buruk sedangkan masalah pokok tidak selesai. Penyelesaian tuntas sebenarnya ada pada ‘minda seorang da’ei’. ( Kita Dae'i bukan Qodhi kata Ustaz Sa'id Hawa)
Mereka yang buat kerja bukan tukang cerita, yang menawarkan penyelesaian bukan sekadar membentang fakta, yang mendekati lapangan dan turun padang bukan berkubu di mimbar lalu melancarkan serangan. Menyelesaikan isu bukan memanfaatkan isu untuk kepentingan lain dan yang menjadi bahu bagi memikul amanah agama, bukan menjadi mulut semata-mata.
Banyak yang boleh dilakukan sebenarnya dengan syarat setiap orang tahu peranan dan bertindak serentak.
Saya masih ingat sewaktu melancar gerak dakwah di Sabah suatu masa dahulu, selepas mendengar satu sesi ceramah daripada Brother Lim seorang pendakwah dari MACMA dan SABA Islamic Media, seorang pelajar perempuan tiba-tiba mengisytiharkan syahadahnya.
Para hadirin berasa hairan dengan gelagatnya tetapi ustaz di sekolah itu menjelaskan bahawa pelajar perempuan ini sebenarnya telah murtad sebelum ini. Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi tidak berhasil namun sekarang dia telah kembali, dengan seluruh kerelaan sendiri.
Tiada provokasi dan ceramah memaki hamun atau lava semangat, tetapi untaian maklumat tentang perbandingan antara kebenaran Al-quran dan kecelaruan Bible. Itu sahaja ! Tetapi dengannya ia telah berjaya ( dengan izin Allah) menyelamat seorang umat Rasulullah dari terjerumus ke lembah keji, murtad!
Fitrah manusia akan tunduk kepada kejernihan kebenaran yang ada dalam Islam.
Inilah kelebihan yang kita bazirkan selama ini, sedang emosi kita sedang memilih untuk marah-marah sahaja sepanjang masa.
Bilakah akan berakhir ? Masapun tidak tahu untuk menjawab.
Salam kasih sayang.

3 comments:
Assalamu'alaikum warahmatullah,
Alhamdulillah, satu perkongsian yang menarik untuk direnung dan diambil pengajaran.
Jzkk.
Assalamualaikum ustaz,
satu tulisan yang menarik...
sikit saya nak tambah,kita banyak menghabiskan tenaga dengan berbalah,daripada bertindak menyelamatkan ummah
Alhamdulillah...syukur di atas nikmat-Nya.Semoga umat Islam di Malaysia terus kuat dan kukuh keimanan dan bertaqwa kepada-Nya.
Post a Comment