RAKAN SIBER

Thursday, June 18, 2009

Memasyarakatkan Guru, Menggurukan Masyarakat

Guru oh guru, jalan raya sebelum kereta.
Guru oh murabbi, kereta sebelum memandu…(Part 1)


Apabila hari guru disambut ( dalam kawasan pagar sekolah sahaja) para guru rasa dihargai, anak-anak dibangku sekolah rendah sibuk meminta peruntukan hadiah untuk dihadiahkan kepada guru-guru dihari guru.Mereka menghabiskan masa dengan seronok dan penuh bangga membalut hadiah pada malamnya. Saat itu, kita juga akan teringat kepada guru-guru yang bersusah payah semasa proses kita membesar dan tunjuk ajar mereka yang menjadikan siapa kita pada hari ini. Namun, habis hari itu segalanya kembali asal sama seperti keadaan selepas parti berakhir…Arus bah permodenan menghanyut dan menjatuh rendah kedudukan guru.

Benar agaknya sebuah iklan di tv yang berkata:
“Dunia dah maju…zaman dan berubah…”
Apa yang berlaku dulu telah banyak yang terhakis kini. Sehingga yang baik pada masa dulupun turut terhakis, sama seperti mengambil antibiotik, termasuk bakteria baik pun turut musnah sama.
Minda bijaksana mengajar :Yang kuno tidak semestinya buruk, yang moden tidak semestinya hebat !
Tuntutan hidup moden dan pengaruh luar negara membentuk masyarakat dengan acuan serba keliru. Sebagai contoh, bila menonton siri Bio-nic di television, hati terasa gerutu melihat lakonan yang menggambarkan keadaan dalam sebuah kelas, seorang pensyarah mengajar dan para pelajar sebuah universiti berlagak dengan cara seperti filem import dari barat. Digambarkan hubungan antara penuntut dan pensyarah serba ‘Huu Haa’, tanpa batas adab dan tatasusila sama sekali. Inilah yang cuba digambarkan, inikah yang cuba dibentuk ?!
( Tak salah buat drama tetapi berbanggalah terlebih dulu dengan budaya dan tatasusila sendiri).
Hakikat yang kita tidak sedar adalah, masyarakat di barat yang terbina dalam acuan sekular (secularism) sebenarnya sedang menderitai apa yang dipanggil excessive compartmentalization of knowledge (memisah usai ilmu pengetahuan yang berlebihan) . Refleksnya adalah, murid yang datang ke sekolah hanya di isi mindanya yang merupakan hanya satu juzuk dari keseluruhan komponen individu. Bila proses ini pincang dari awal maka lahirlah produk yang ‘factory rejected’ dalam masyarakat.
Impak bagi pemahaman ini, lahirlah dari sudut perguruan para guru di lihat hanya sebagai profesyennya semata-mata yang bottom linenya adalah dollar & cent. Rendahnya taraf seorang guru kerana tawaran gajinya tentu tidak dapat menandingi setengah profesyen lain yang lebih glamour !
Ini tentu sekali berbeza dari pandangan Islam yang mana seorang guru menurut Rasulullah : “Sebaik-baik manusia dan sebaik-baik mereka yang berjalan di atas muka bumi adalah seorang guru…”Manakan tidak, sebenarnya guru adalah pengganti tanggungjawab ibubapa ( mungkin dia seorang arkitek , jurutera, hakim atau menteri sekalipun) yang pada bila-bila masa pun merupakan penjaga, pengajar dan pendidik. Ibubapa sebenarnya berada di kedudukan tangan dibawah ketika menyerah watikah (anak kepada guru). Bukan berada di atas untuk merasa superior. Inilah tanggapan masyarakat yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu kemudian baru boleh bicara soal guru dan perguruan !
Inilah yang dimaksudkan dengan 'jalan raya sebelum kereta'.
Sekiranya kita ingin melihat generasi kemudian yang berjaya, perlu kembali kepada ke pangkal jalan dengan memperbetulkan persepsi seluruh warga negara. Masyarakat perlu mengungkai duri serta onak fahaman sekular dengan mensepadukan fungsi guru sebagai penjaga, pengajar dan pendidik. Nanti guru akan berurusan bukan sekadar dengan minda pelajar tetapi seluruh komponen dirinya dari sudut fizikal, intelektual ,emosi dan spiritual.( JERI dalam Falsafah pendidikan Negara perlu kepada implementasi yang sungguh-sungguh)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP