RAKAN SIBER

Monday, June 15, 2009

Harga Sayang


Mahalnya harga sayang,
Seorang isteri rasa diri berharga
Bila pagi itu dibisikkan ke telinganya...
Abang sayang kamu.

Mahalnya harga sayang,
Suami di belantara rindu
Jauh di perantauan menggalas beban tugas
Menghela nafas dalam
bila membaca sms...
Saya sayang abang.
Mahalnya harga sayang,
Seorang anak di penjuru kesunyian
Bergayut di telefon awam
Menangis kepuasan
Bila ibu menuturkan...
Emak sayang kamu.
Mahalnya harga sayang,
Seorang ibu di desa terpinggir
Membilang hari menghitung usia
Teralir air mata berderai
hati dihanyut sendu
digayut rindu
Bila anak menuturkan...
Kami sayang emak.
Mahalnya harga sayang,
Bila seorang sahabat
Dalam nafas kecewa hampir berputus asa
Bangkit bertenaga
Menerima pelukan bersama segulung bisikan...
Kami sayang kamu.
Mahalnya harga sayang,
Seorang rakyat yang derita
Tika jalan berliku
Lorong duka meratap nestapa
Ada pemimpin menghulurkan tangan
Sambil bibir menuturkan…
Kami sayang anda.
Mahalnya harga sayang,
Bila seluruh ciptaan ini sebenarnya
berada di bawah...
Sifat Penyayang Allah.
Yang menyayangi kita
lebih daripada seorang ibu
Yang menyayangi anaknya.

12.30 pm
Samudera condominium
Pantai Puteri
Melaka

0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP