RAKAN SIBER

Friday, October 16, 2009

Apabila Saidina Ali Menangis


Syawal berada di persada buat mengucap selamat tinggal dalam arus masa yang begitu pantas berlari. Orang soleh zaman lampau dalam gerimis air mata menadah tangan berdoa agar apa sahaja kebaikan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadan lalu diterima oleh Allah.

Mana ada suatu tawaran yang lebih hebat dari Ramadhan ? Itulah bekal Taqwa yang diharapkan menjadi pembela kita bila berpulang kepada Allah. Allah berfirman ;"Hari akhirat tidak berguna bagimu harta dan anak pinak melainkan yang kembali kepada Allah dengan hati yang sejahtera..."

Sekiranya Saidina Ali saat nazaknya menangis dalam sedu dan lelehan air mata seraya berkata; "Bekal yang dibawa oleh Ali ini terlalu sedikit sedangkan perjalan hari ahkirat terlalu jauh, aku takut bekalku yang sedikit ini tidak berupaya menampung perjalanan yang sangat jauh itu...." Nah ! betapa seorang manusia hebat seperti Saidina Ali masih gusar bila berhadapan persoalan akhirat, betapa pula kita yang saban hari menghitung dosa mengumpul noda sedang amal soleh sangat bercatu...apakah yang diharapkan buat penyelamat diri bila tiba detik itu ?

Kerana itulah amal yang dibangunkan dibulan Ramadhan adalah junjungan harapan segunung permintaan dari Allah agar menerima segalanya dan beroleh maghfirahNya...janji Allah dimalam Eidul Fitri untuk dihidupkan hati golongan yang diterima amalnya, ketika telah mati hati manusia yang lain ...

Mari melerai pergi Syawal dengan tekad untuk melangsungkan apa yang telah dimulakan sepanjang Ramadhan, selari dengan rasa yang terbit dalam Fitrah yang murni !
Salam kasih sayang buat semua. Salam kemaafan dipinta .Salam dan doa yang berpanjang ke muara syurga...



1 comments:

Anonymous,  October 20, 2009 at 2:58 AM  

Kepada Ustaz Zul, Salam Ukhuwah berpanjangan..artikel kali meyedarkan dan memperingatkan tetang amal kita yg tak seberpa perlu tadahan tangan dengan rasa faqir kepada Tuhan yg Esa agar semua ibadah kita diterima Tuhan yang Satu..Moga semangat juang Ustaz bertambah hebat dari sebelumnya hendaknya..aameen.

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP