RAKAN SIBER

Wednesday, October 21, 2009

Malam Indah di Parit 8


Semasa mengisi program anjuran lembaga Zakat Selangor pada hujung minggu lepas bagi program motivasi keibubapaan untuk penduduk desa kelolaan lembaga zakat, saya dapat menikmati hari dan malam yang sangat indah di kawasan sekitar perkampungan Merbau Berdarah . 

Menikmati rehat di home stay Villa Permai Parit 8 Sungai Besar dengan irama desa adalah lakaran pengalaman cukup manis. Lanskap alam yang terhampar, aroma selut dan lumpur sawah padi, tali dan kunci air , petani sedang membongkok menyulam semaian serta wajah mesra penduduknya adalah limpahan warna lukisan di kanvas alam sangat mengasyikkan….Rugi siapa tak ke sana ! Kemesraan peserta program begitu menghiburkan, semoga perkongsian itu memberi erti dan manfaat hingga ke syurga.

Pada hari esoknya, terpaksa berkejar ke Melaka untuk program forum anjuran Majlis Keselamatan Negara negeri Melaka dan Jabatan Meteorologi bagi tajuk kesedaran umum terhadap cuaca ekstrem, gempa bumi dan tsunami. Lokasinya di tepi pantai Tg Bidara, rakan ahli panel adalah Prof Madya Dr Syarifah Hayati. Perbincangan berkisar kebesaran tentang Allah dan tingkah laku manusia serta kesannya terhadap alam sekitar. Bermalam di penginapan Balai Cerap al Khawarizmi….Dalam gelap malam dan sunyipun beradu, sayup-sayup bunyi ombak kecil memesrai pantai dan mimpipun seakan berada di Milky way dan gugusan bintang-bintang…

Syukur kepada Allah dalam firmanNya; “ Dan kami jadikan tidurmu sebagai pengukuh diri…”




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP