lambaian haji
Melambai-lambai rakan, sahabat dan saudara mara yang berangkat menunaikan haji pada tahun ini beserta doa yang sarat dan harapan agar disepanjang safar mereka selamat pergi dan balik , yang lebih penting adalah pulang membawa hajjan mabruron .
Semboyan haji berbunyi lagi menggamit pengajaran zaman berzaman . Membongkar jejak masa lampau di atas laluan Nabi Ibrahim , Nabi Ismail dan Siti Hajar adalah mauduk didikan terunggul buat digarap oleh umat ini .
Sekilas perjuangan Nabi Ibrahim , beliau berhadapan Namrud si zalim. Menyatakan kebenaran dengan tingkah hujah bernas sedang hati seteguh karang. Walau dibakar api menggunung namun sebesar zarrah rasa takut tiada di hati. Beliau adalah contoh peneroka yang berjaya, membangun tanah gersang kepada pusat tamadun gilang gemilang !
Sekilas menyaksikan kesabaran Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah hatta sanggup diri menjadi korban. Ketaatan Siti Hajar dalam mengungguli ujian sepanjang hayat adalah ikon haji dan tarbiah sepanjang zaman . Mereka menyediakan tapak buat jujungan mulia Rasulullah SAW melancarkan jihadnya kemudian.
Sekarang mereka sedang beradu dengan damai sambil mengutip ganjaran yang berterusan atas modal perjuangan yang telah mereka laburkan semasa hayat mereka dahulu.
Selanjutnya lihatlah Nabi Adam , Siti Hawa dan Arafah. Sekeliannya adalah simbol penyatuan atas nama persaudaraan sedarah sedaging manusia sejagat ...... Kenapa perlu sengketa? Kenapa kita memilih perang dari perdamaian ? Kenapa memilih konfrantasi dari kompromi ? kenapa kita memilih Qobil dari Habil ?
Lihatlah lembah Arafah dengan lautan manusia berpakaian putih, sesuci saat mereka dilahirkan ke bumi. Kenapakah di luar lembah itu pakaian manusia adalah warna darah merah dan hitam dosa ?
Mekah dan Madinah ... menyimpan sejarah permulaan manusia dan perjuangan . Semoga ia bisa ditemui oleh para jemaah haji dan bakal-bakal haji di tahun mendatang ..
" Labbai kallahummalabaik... Labbaikala syarikalakalabbaik... Innal hamda wa ni'mata lakawalmulk.. La syarikalakk! "
Haji adalah salam perjuangan dan pengorbanan.
seterusnya di sini
2 comments:
Semoga para jamaah haji mendapat haji yang mabrur..selamat menjalani ibadah haji dan menjalankan ibadah haji dengan sempurna..
Berilah kami peluang Ya Allah, berada disana dgn niat yang benar..
Post a Comment