Tahsin Solat
Syukur pada Allah yang menghidupkan kita di hari yang baru, ramai hambaNya dijemput pulang dalam tempoh 24 jam yang lepas. Semoga sisa yang berbaki dari usia akan jadi lebih baik bersama detik-detik masa yang berlalu.
Bukti syukur adalah dengan melaksanakan titah perintahNya serta menghindari laranganNya. Tidak perlu dibahaskan lagi bahawa perkara yang paling utama dalam hidup adalah solat. Sementara kemuncak amalan solat itu adalah untuk mengingati Allah.
Allah berfirman : "Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu..." Tiada jalan ringkas untuk mendapat khusuk dalam solat melainkan perlu melangkah melalui gerbang Al Fiqhu fiddin. Ertinya, setiap perlakuan dan ucapan dalam solat perlu kepada pemahaman mendalam.Memerhati hikmah bukan sekadar hukum . Setiap tingkah laku solat pasti mengandungi rahsia serta hikmah yang menjanjikan ketenangan, kedamaian dan kepuasan bagi sesiapa sahaja yang membangunkannya.
Apabila kita membaca surah Al Fatihah, ia adalah bicara dari getar bibir yang terserlah dari luahan hati seorang hamba yang mengemis di haribaan Rabnya. Kata-kata orang soleh : " Barangsiapa yang ingin Allah berbicara kepadanya maka bacalah al Quran, barangsiapa yang ingin berbicara dengan Allah maka dirikanlah solat..."

Begitu banyak mesej dari Allah di dalam ayat di dalam Ummul Kitab ini. Ianya diulang-ulang sepanjang hari agar manusia dapat mendarah daging apa yang diucapnya. Bila kita mengucapkan : " Tunjukkanlah kami jalan yang lurus . Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan kepada mereka nikmat...."
Banyak sekali pengajaran .
1. Kita mengulang berkali-kali dalam setiap rakaat di dalam solat mengenai persoalan nikmat. Dijelaskan bahawa golongan yang mendapat nikmat itu ialah dari golongan nabi-nabi, siddiqin, syuhada' dan solihin. Penjelasannya dalan surah An-Nisa' 69 . " Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul, mereka itu tergolong dalam golongan mereka yang telah dikurniakan nikmat dari golongan nabi-nabi, siddiqin, syuhada' dan solihin, dan mereka itu sebaik-baik teman."Daripada ayat ini kita mengetahui bahawa yang dimaksudkan dengan nikmat itu adalah nikmat iman. Iman adalah perkara tertinggi bagi seorang manusia. Inilah yang patut disedari oleh manusia ketika tenggelam di dalam begitu banyak nikmat-nikmat Allah yang lain.Dengan iman, seluruh nikmat lain yang dikecapi akan berharga dan bernilai. Tanpanya, nikmat-nikmat lain akan menjadi mala petaka . Ia ibarat seseorang mendaki anak tangga hingga ke puncak tetapi bila berada di puncak itu baru ia menyedari bahawa anak tangga itu tidak bersandar pada dinding ! Bayangkan apa yang bakal terjadi ? Si pendaki itu akan terhempas, musnah dan parah. Ramai manusia menghabiskan hidupnya memburu apa yang dia inginkan, kemudian hasil buruan itu membahamnya kembali ! Iman adalah dinding buat disandarkan padanya seluruh persoalan hidup ini.

2.Ayat ini mengajar kita mendahulukan perkara penting. Ia bukan apa yang kita ingin dapat tetapi apa kita ingin jadi . Jadilah seorang mukmin sebenar nanti kita akan memperolehi dunia bersama ketenangan. Sekiranya kita hanya fokus pada apa yang kita ingin dapat dan tidak pasti apa kita akan jadi, kita mungkin hanya memperolehi hampas dunia yang menyakitkan, di akhirat pula kerugian menanti di sepanjang safar yang sangat panjang itu...
Semoga dengan kita menghayati makna dan pengertian ayat ini, menjadikan kita membacanya bersama selaut penghayatan dan segunung pengharapan. Ya Allah bantulah kami di atas mengingati, bersyukur dan mengelokkan ibadah kami kepadaMu...
0 comments:
Post a Comment