RAKAN SIBER

Saturday, April 30, 2011

SANTAI- DI WAJAH DUNIA


salam hormat seluruh sahabat.

WAJAH DUNIA

Dunia seperti wajah sebuah padang pasir, waktu berjalan di atasnya.
Banyak cerita berhambatan, terukir riak-riak beralun dipermukaannya yang kian hitam.
nanar apakah kini sehingga dalam kelam penghuni kian keliru;
mana benar, mana salah tiada neraca sanggup memberikan bacaan.
Wahai dunia, butir pasir jam masa kami kian habis
kerana sibuk dengan cerita, namun seperti mengunyah hampas tiada gizi yang ada hanya rasa dan racun.
Wahai dunia, bayumu tidak dingin lagi seperti dulu-dulu
anginmu tidak mengarak awan mendung buat mencurah hujan
cahaya yang melimpah seperti mencembung kanta hanya bisa membakar..
di sini yang berbaki hanya benci
yang tersisa hanya dendam
gajah sama gajah berkelahi; si kancil serjana mati tersepit
kuasa sama kuasa berkelahi; ilmu dan akal mati bergelimpangan!


Setidaknya masih beruntung jahiliah fasa satu
kerana....
Ada Rasul yang turun dari jabal Nur
membawa nur Ilahi,
peribadinya seperti salju mendinginkan.
ajarannya seperti cahaya menunjukkan.

Baiknya baginda merela tubuh tersiksa
peluh dan darah menulis sejarahnya...

Namun kini...yang tinggal hanya nostalgia
catatan itu kian samar pada wajah bumi yang kian terhakis!

Jahiliah fasa dua,
Rasul itu telah dilupakan
ajaran baginda bening sesepi ngarai..tiada pungguk umat rindukan bulan purnama Rasulullah.

lalu..
manusia tidak peduli agama kerana menyembah nafsu
manusia tidak peduli Rasul kerana menagih sokongan manusiawi
manusia tidak peduli neraka kerana nikmat duniawi
manusia boleh bertukar rupa lebih buruk dari puaka
yang hidup hanya nafsu
yang hidup hanya nafsu
yang hidup hanya nafsu

jiwa telah mati...maka di manakah agama?

Wajah dunia itu hakikatnya adalah cerminan wajah penghuninya...itu saja!




4 comments:

RuMaH TuA May 20, 2011 at 12:44 PM  

Subhanallah...
Bermakna.
Sayu rasa hati...

'Hidup tanpa perjuangan hidup dalam keaiban'

Salam Juang

DAMAI SURIA May 26, 2011 at 10:09 AM  

Masya-Allah, Ustaz. Dunia semakin dekat penghujungnya. Setiap minggu ada saja gempa bumi & fenomena alam yg dahsyat melanda di bumi ini. Akidah umat manusia semakin membimbangkan, kebejatan akhlak bertambah gawat.

HERDA,  June 9, 2011 at 4:58 PM  

Sesungguhnya benar ustaz....

ateerah abdul razak June 2, 2012 at 2:27 PM  

syukran ustaz...jazakallah khair

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP