RAKAN SIBER

Friday, April 24, 2009

Mengungguli Perubahan

Sejujurnya, kita sering merasa terkilan pada diri sendiri apabila bercakap mengenai membuat perubahan. Kita sering berada di takok lama dan copy n paste pencapaian semalam untuk hari-hari mendatang di sepanjang laluan hidup. Kita seperti tidak punya api di dalam untuk mencipta perubahan bermakna.

Changes : Next Exit !
Kita toleh sedikit kepada sejarah ;

Rasulullah telah menunjuk penanda aras tinggi dalam soal perubahan apabila memberitahu:

" Sesiapa yang hari ini lebih baik dari hari semalam dia orang yang untung. Sesiapa yang hari ini sama sahaja dengan semalam dia orang yang rugi. Sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam dia orang zalim."

Ertinya menurut Rasulullah perubahan perlu pada setiap 24 jam. Hari semalam yang telah ditinggalkan dengan bekas yang samar perlu menjadi pemacu kecemerlangan hari ini.

Cuba kita bayangkan berapa banyak peningkatan yang berjaya dilakukan sejak 365 hari yang sudah. Alangkah hebatnya ditahun ini !

Dengan pendekatan ini ia telah benar-benar membina set minda positif. Lahir manusia yang sentiasa mengukur prestasi diri pada setiap malam agar hari esok jadi lebih baik.

Tidak hairanlah Rasulullah berjaya memacu para sahabatnya daripada 'Zero to Hero'. Daripada masyarakat yang musnah tidak berharga kepada penakluk dunia zaman berzaman. Rasulullah hanya bermula pada usia 40 tahun dan wafat pada usia 63 tahun. Cuma 23 tahun untuknya membina suatu asas tamadun gemilang dengan pengikut berbilion jumlahnya hingga ke hari ini. Alangkah singkat masa tetapi hasilnya tahan berkurun-kurun. Ia sesuatu yang benar-benar superb ! Sesuatu yang tidak sempat dibina oleh ramai tokoh lain.

Persoalannya apakah rahsia kepada pemacu perubahan yang begitu tuntas itu ?

  • Bina Kepercayaan ; Kita dapati set pemikiran untuk berubah ini perlu didasari oleh keyakinan bahawa dunia ini sementara, kehidupan akhirat itu kekal abadi. Nilai hidup dunia amat kecil berbanding harga kehidupan akhirat. Keseronokannya tidak setara mana juga keperitannya. Ertinya semangat untuk berubah yang kita ingin lakukan itu mesti di dasarkan kepada persoalan kepercayaan mantap, akidah jitu dan i'tiqad padu. Apa saja yang yang ingin kita ubah daripada menyikapi persoalan hidup, meningkat penampilan diri, menambah pendapatan isi keluarga atau apa sahaja perlu kepada kaitan dengan perkara kepercayaan atau akidah. Bisikkan kepada diri bahawa semua persoalan di dunia ini tak kira apa punya kaitan erat dengan hari akhirat!
  • Bina suasana kabaikan ; Dedahkan diri kepada kebaikan sama ada dalam pergaulan, amalan dan cita-cita yang berterusan. Ini adalah kerana bujukan terkuat yang menggagalkan perubahan diri adalah datangnya dari hawa nafsu sendiri. Ianya ada dalam diri kita sendiri. Hawa nafsu hanya akan tumpas apabila segenap ruang dikepung dengan kebaikan. Justeru itu perlu pertahan dalaman dan luaran. Dalam diri dengan zikir dan amalan rohani yang istiqamah, di luar pula rakan dan sahabat baik yang memberi dorongan setiap masa walau apa jua keadaan. Sementara citi-cita adalah doa dan pengharapan yang tulus buat Ilahi. Tanpa benteng ini yang bakal menang adalah hawa nafsu kerana tenaganya begitu kuat sekali.
  • Bina akal dengan ilmu berterusan ; Jadi orang yang merendah diri kepada ilmu pengetahuan. Semangat perubahan yang hadir sesekali sekala dalam hidup mesti dimantapkan dengan tenaga dari ilmu pengetahuan. Semangat dan kesedaran adalah sesuatu yang punya 'tempoh luput', apabila tempohnya berlalu semangat dan kesedaran akan menurun. Pada saat itu apa yang penting adalah tenaga ilmu yang menggerakkan agenda perubahan. Ramai orang yang kita lihat tiba-tiba berubah menjadi tekun dan kuat menjaga batas diri dengan siri amal ibadah yang banyak tetapi kemudian kita dapati ia tidak ke mana-mana selepas satu tempuh tertentu. Kenapa ? Kerana semangatnya telah menjumpai landasan...dia balik seperti asal atau lebih teruk lagi!
Membina tiga perkara di atas adalah meminimakan titik kelemahan diri dan menjelmakan kekuatan tersimpan. Seorang manusia yang sama tetapi betul cara ia membina dirinya akan melahirkan kekuatan yang diperlukan dalam mengungguli perubahan. Sama seperti papan yang diatur untuk dihentak dengan tangan oleh jaguh karate. Dengan sekali tarikan nafas, fokus dan hayunan tangan bertenaga papan-papan patah berantakan dengan bunyi rapuh berkecai.
Kenapa papan itu patah ? Adakah kerana juara karate itu hebat atau kerana alasan lain ? Sebenarnya, bukan kerana juara karate itu hebat tetapi dia menghentak pada titik kelemahan ketara pada papan itu. Sekarang mari kita susun papan dengan cara berbeza jadikan bahagian sisinya adalah tempat yang perlu dihentak atau susunnya menegak, sekarang karate...dengan sekali hentak... Prrrakk!!! yang patah adalah tangan !
Begitulah diri kita selalu mendedahkannya pada kedudukan titik kelemahan.Kita kelihatan sangat lemah walaupun kepada kemahuan kita sendiri yang baik.
Jadi untuk berubah perlu terlebih dulu membina kekuatan tersimpan, sekali gus menutup titik kelemahan. Ingat Perubahan adalah hasil !

2 comments:

ady May 12, 2009 at 10:38 AM  

Salam,

Masyaallah lazatnya artikel ini..tidak puas mengunyah dan menghadamnya...Tulis la lagi ustaz berkaitan perubahan diri ini..mutiara kata Ustaz terlalu mempersona

zulramli May 14, 2009 at 11:38 PM  

ady yang baik budi,
Terima kasih atas respon... Di hujung hari kita sedar bahawa kita lahir untuk terus berubah dan berubah dan berubah dan berubah agar jadi lebih baik !

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP