RAKAN SIBER

Monday, April 27, 2009

Kenangan di Pesta Buku Antarabangsa

"Hari terakhir ! hari terakhir !" Lantang bunyi suara juru jual di tengah-tengah kebanjiran manusia di Pesta Buku Antarabangsa Kuala LUmpur 2009 membuat perhitungan terakhir dengan tawaran diskaun hebat bagi harga-harga buku pada saat-saat akhir. Warna warni kecerian terpancar di mana-mana. Kaki-kaki melangkah bertali arus, kanak-kanak berlarian girang dengan belon ditangan, kelompok usrah tak resmi bersembang mesra dengan rakan taulan di segenap penjuru dan yang letih pula tersadai di tepi arus mengumpul kembali kekuatan.

Seminggu berkampung selepas ini kabilah peniaga akan berangkat pulang dan PWTC kembali lengang menunggu acara lain pula. Para pengunjung membawa pulang juadah beraneka bagi santapan minda.

Pesta buku telah habis, pesta membacanya baru bermula dan tidak habis habis. Ramai yang saya temui dan dapat berkongsi rasa dan semangat.

Khusus kepada pembeli buku U-Turn Ke Jalan Lurus saya menuturkan ungkapan jutaan terima kasih diatas sokongan, semoga buku kecil ini dapat memperkayakan khazanah ilmu dalam dada kalian. Lebih jauh dari itu dapat pula menjadi bahan renungan untuk bertindak agar sentiasa jadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik.

2 comments:

Unknown April 30, 2009 at 12:19 PM  

alhamdulillah ana dah memiliki hamasah setelah membaca buku ustaz.selama ini kita rasa kita dah perfect dan terkadang tu rasa macam tak yakin dengan diri sendiri.ana sering rasa rendah diri dengan kekurangan diri sendiri.walaupun khalayak nampak kita macam ok jer tetapi sebenarnya diri kita terpalit kemelut yang sukar ditafsirkan.so...pengajarannya jadi diri sendiri dengan bimbingan islam yang syumul.kepada yang masih tercari2 identiti diri....buku ini banyak membantu anda...insya Allah biiznillah.al-iman yazid wa yanqus aw ka qol.banyak lagi ana nak munaqashah dengan ustaz yang mempunyai hibrah yang luas.Tahniah wa mabruk alaik.

zulramli May 1, 2009 at 5:41 PM  

subhanallah, segala pujian buat Allah dan benar RasulNya yang mengungkapkan:..."berapa ramai orang yang disampaikan hadisku itu lebih cerah/memahami dari orang yang awal mendengar dariku". allahuakbar, maha besar Allah dan dibawah naunganNya kita berteduh.

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP