RAKAN SIBER

Friday, May 1, 2009

Beribadah Baru Cool

"Ustaz ! cool..." Saya terpanggil dengan sapaan mesra ini. Saya ketika itu dalam laluan keluar dari auditorium selepas sesi ceramah di Balai Seni Lukis Negara atas tajuk "Pemantapan Iman asas Keutuhan Integriti" .

Sahabat yang menyapa segera memberitahu; Itu yang saya bincangkan dalam ruangan tahsin as solah pagi tadi di radio IKIM. Saya segera teringat apa yang saya bincangkan dalam slot Durul Hikmah pagi tadi.
Bila membincangkan kalimah Iyyaka na'budu... dalam surah Fatihah.

Kita menggunakan ganti nama 'kami' dalam ayat tersebut. Sebagai sambungan dari perbincangan-perbincangan lalu 'kami' digunakan sebagai membesarkan ( Lit ta'zhim). Sekiranya untuk membesarkan diri ianya tentu sekali tidak sesuai. Jadi apakah maksud membesarkan itu ? Membesarkan di sini adalah membesarkan kedudukan ibadah itu sendiri!Untuk memahami ini kita lihat siapa manusia paling hebat?

Tanpa berhujah panjang, jawabannya tentulah Rasulullah.Manusia yang teragung dan terhebat adalah Rasulullah SAW kerana ia berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang hamba yang sebenar . Kerana itu Allah menyebut tentang Rasulullah hanya memperkenalkan sebagai 'hambaKu' di dalam al-Quran. Secara tidak langsung kita faham betapa tingginya kedudukan ibadah itu sendiri.Aqidah yang sahihah menetapkan kedudukan tertinggi bagi seorang insan adalah apabila ia mampu meletakkan dirinya sebagai seorang hamba. (Atas sebab ini walaupun kita lihat umat Islam memuji-muji Rasulullah sejak zaman berzaman tetapi tidak sehingga mengangkatnya kekedudukan pemujaan dan kultus ! )

Dalam al-Quran Allah menyatakan : " Wahai jiwa yang tenang ! Pulanglah kepada Tuhanmu dalam keadaan redho meredhoi. Maka masuklah kamu dalam kelompok hambaKu dan masuklah dalam SyurgaKu"Jelas betapa hebatnya kedudukan Ibadah, lantas kerananya ia ditinggikan dan dibesarkan dan ini terjelma dalam ungkapan ' KepadaMu kami sembah' bila kita membacanya di dalam solat. Kefahaman begini memberi nilai tambah kepada penghayatan solat dan kesan mendalam dalam hidup seharianJadi orang yang beribadah itu hebat...itu baru Cool yang sebenar!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP