SEPAGI DI MU'TAH
Salam hormat dari bumi Jordan.
Musim panas dengan angin dingin adalah paluan kompang penuh asyik menyambut kabilah kecil kami.
Hari pertama di Mu'tah;
menziarahi pahlawan yang rebah dengan lima puluh libasan pedang Saidina ja'far Atthoyyar...kedua tangannya tercantas berpisah dari tubuh namun membiar panji kalimah Allah jatuh tidak sekali...
Serta sesorang yang terhadapnya, Rasulullah menangis lebih pilu dari anak perempuannya menangis apabila diberitahu tangtang gugurnya dia di bumi Mu'tah...
ditanya kenapa begini tangisan mu Ya Rasulullah...dalam tangisan yang belum reda Rasulullah berkata : "Seorang yang sangat rindu (العشيق) menangisi kekasihnya..."
Alangkah besar bilikmu wahai Zaid bin Harithah di dalam rongga dada Rasulullah SAW.
Juga ziarah seorang yang menjadi sauh keberanian; dalam syura selama dua hari di kalangan tentera muslim , dan dia yangterus bercerita tentang syurga bagi yang syahid; betapa tidak di bukit yang tinggi mereka melihat tentera musuh seramai 200 000 dua ratus ribu, sedangkan tentera islam hanya sejumlah tiga ribu orang...Terima kasih wahai Abdullah Rawahah engkau mengajar kepada dunia erti sebenar kekuatan..bukan pada jumlah tetapi pada hati yang dipenuhi iman dan rindukan syurga..Allahku Akbar
musafir di bumi anbia ini diteruskan......
2 comments:
Mencontohi orang2 yang Allah telah beri kejayaan bukan sahaja di akhirat bahkan di dunia lagi dengan R.A....
(^-^)
Assalamualaikum ustaz,
Sessi motivasi ustaz di radio ikim menyentuh hati dan menyedarkan saya tentang beberapa perkara. Terima kasih ustaz.
Saya juga baru balik dari Amman Jordan tapi cuma sempat ke Gua Ashabul Khafi dan Laut Mati. Semoga perjalanan ustaz dipermudahkan.
SM
Post a Comment