RAKAN SIBER

Saturday, December 19, 2009

JOM BUKA BANGSAL DI TAHUN 1431H INI !



Sebuah kisah menarik saya kongsikan di sini. Banyak yang boleh dijadikan pengajaran dari kisah ala hikayat seribu satu malam ini….baca ceritanya dahulu:
Seorang pesara dari New York bercadang menggunakan duit persaraannya secara bijak dengan membeli sebuah rumah dan beberapa ekar tanah di Portugal.
Dalam kawasan tanahnya itu terdapat sebuah bangsal yang telah kosongkan sejak 15 tahun lalu. Pemilik tanah dan isterinya telah meninggal dunia dan mereka tidak mempunyai waris bagi mewarisi tanah tersebut. Estet itu telah dijual sebagai penebus cukai pemilik terdahulu itu.
Ramai yang meninjau untuk membelinya tetapi bangsal lusuh itu tertutup rapat menggunakan pintu besi yang telah dipeteri dari dalam, sehingga tiada siapa pun mengetahui apa yang tersimpan di dalam bangsal itu. Tiada yang sanggup mengeluarkan belanja lebih untuk membuka pintu besi tersebut. Apatah lagi ianya tiada kaitan dengan nilai hartanah… jadi tiada siapa berminat membeli hartanah tersebut.
Pesara dari New York ini telah mengambil risiko dan membeli estet itu hanya separuh daripada nilai sebenar hartanah. Dia melangkah masuk dan berusaha melihat apa yang ada di dalam bangsal tersebut. Perasaan ingin tahu benar-benar mendesak dirinya Dia dan isterinya telah membeli set generator dan dua grinder… mereka memecah pintu besi padu . Apakah yang ada di dalam bangsal misteri itu ?



Pintu besi bangsal itu terpeteri rapat tetapi grinder dengan segala kesukaran dapat menyelsaikan





Bangsal itu dipenuhi dengan kereta mewah klasik!!!

Di antara model yang terdapat di dalam bangsal :
Opel GT, Lotus Elan FHC, Lotus Super Seven Series IV, Lotus Elan DHC. Porsche 356, Austin Healey Sprite MkII, Volvo PV 544, Ford Y, Giulietta Sprint, Giulia Sprint Speciale (SS), Nash Metropolitan. Alfa Giulietta, Lotus Europa, Lotus Elan FHC, Matra Djet, Lancia Flaminia Coup Abarth 1300 Scorpione American (inspired) design Interior of Alfa Romeo Lancia Flaminia Coup, Peugeot 504 cabriolet & 404 cabriolet Mini, Alfa 1900 Super Sprint, Balilla. Fiat Topolino II, Triumph TR4, Peugeot 202 BMW V8, Formula racers, Chryslers, Mercedes dan Austin A30


Menakjubkan!
Nilai keseluruhan kenderaan di dalam bangsal itu lebih dari pada USD 35 juta!
Lelaki dan isteri itu mendapat hak memiliki semua kenderaan tersebut
Mereka menikmati persaraan yang sungguh hebat!



Sebenarnya, seperti juga kisah di atas ramai daripada kita tidak sedar betapa sesuatu yang sangat berharga, berupa khazanah tersimpan di dalam diri. Kita tertipu dengan luaran lalu menidakkan nilai sebenar yang berada di dalam diri. Al hasil, kita tidak berusaha dengan keras menggunakan grinder untuk membuka potensi ajaib diri sendiri…Setiap saat kita merasakan bahawa kita adalah orang biasa, sebaliknya Allah menegaskan bahawa manusia ini dicipta sebagai sebaik-baik kejadian ! Ada di kalangan manusia yang membiarkan potensinya berkarat dan mereput tanpa perhatian wajar sehingga akhirnya dikuburkan bersama jasad apabila datang kepadanya kematian. Manusia cemerlang adalah mereka yang percaya kepada dirinya lalu dengan kepercayaan penuh itu, ia berusaha keras melihat kedalam diri dan memecah seluruh halangan negatif yang membelenggu potensi dirinya.
Rendah diri ( bukan tawadhuk), buruk sangka, malas, tiada disiplin diri, hilang fokus, tidak mahu belajar dan mengambil iktibar adalah di antara pintu besi padu dengan peteri tegar yang mengahalang potensi diri kita daripada menyerlah dengan hebat.

Semoga di tahun baharu ini kita berjaya membuka pintu tersebut dan berhak menikmati pencapaian gemilang yang luar biasa sama atau lebih hebat daripada pasangan di atas tadi !
Kepada Allah kita panjatkan doa dan tempat digantungkan seluruh pengharapan...



Masukkan teks seterusnya di sini

4 comments:

DAMAI SURIA December 19, 2009 at 8:01 AM  

Barangkali nilai kereta-kereta yang ada di dalammnya melebihi nilai bangsal lusuh dan hartanah itu sendiri yg boleh dikecapi oleh pesara & isterinya. Tertarik dgn pengolahan ustaz yg mengaitkan bangsal dgn sikap & potensi diri. Seperti ayat "don't judge a book by it's cover". Slm Ma'al Hijrah 1431. Semoga di tahun baru ini membentuk potensi diri yg lebih baik bg kita. insya-Allah.

nurullee December 20, 2009 at 3:38 PM  

Wow! Cerita benar yang hebat. Semoga cerita ini jadi motivasi kepada mereka lain yang masih tercari2 kelebihan diri. Jika tak ambil risiko, manakan tahu hasilnya tapi kena berfikir jua sebelum bertindak. Buat solat istikarah. Kaya sekelip mata orang yang beli bangsal buruk ni. Luar nampak buruk. Dalamnya,,,,,,Allah yang tahu. Jadi dalam tiap diri kita ada rahsia yang belum diterokai. carilah rahsia dan kekuatan itu. Jika nawaitu betul, Allah akan bantu. Insyaallah. Apa juga yang kita buat, jangan lupa padaNya. Yang buat manusia slalu tersungkur bila berjaya ialah lupa pada Yang Maha Esa. Moga kita tergolong dalam orang yang sentiasa ingatkanNya. Amin.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles December 23, 2009 at 3:39 PM  

Assalamualaikum tuan,
Saya suka entri ini.Saya akan buka bangsal hidup saya sempena tahun baru ini.Amin!

nota: saya sudah baca buku tuan itu.Menarik!

opiey January 12, 2010 at 6:46 PM  

potensi diri sukar ditembusi tanpa guideline

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP