CERITA TENTANG BERMULA…
Banyak kitab yang menceritakan tentang permulaan sesuatu perkara atau disebut Al- Awa’il. Saya tidak berniat menceritakan tentang mana-mana kitab awai’l tetapi mengutip semangat awai’l itu di permulaan tahun ini agar tahun ini jadi lebih baik berbanding tahun sudah. Mungkin kerana permulaan itu memberi banyak impak pada keseluruhan perjalanan maka permulaan itu jadi amat penting. Saya perturunkan bicara Syeikh Abu hasan As Syazeiley dalam Al Hikam: Daripada tanda orang yang akan berjaya di penghujung adalah mereka yang kembali kepada Allah di permulaan!
Marilah dengan nafas Daana Nafs ( Menghitung diri) kita teroka awa’il kita :
BERMULA DENGAN SYUKUR : Kita bangkit di hari yang baru dan melimpah rasa berterimakasih kepada Allah kerana masih diberi peluang bernafas ketika ramai sekali manusia yang pulang mengadapNya dalam tempoh semalam. Kita syukur kerana kita di dalam dada kita ada di anugerahkan iman lantas kita ini jadi seorang muslim. Renungkanlah...Bilal bin Rabbah dan ramai dikalangan sahabat Rasulullah disiksa sepanjang hari bila mereka mula menjadi seorang muslim.Alangkah besar nikmat ini kalau tidak masakan Sumaiyyah sanggup disula sehingga mati hanya mempertahankan anugerah Islam ini.... Ya Ilahi terimakasih Engkau jadikan kami Muslim.
Syukur kerana kita boleh melaklukan solat dan mana-mana titah perintahNya. Syukur apabila kita berjaya menghidari apa yang dilarangNya. Banyak sekali yang perlu disyukuri kerana jumlah nikmat Allah itu tidak terhitung !
Syukur adalah lembah paling dingin bagi sifat mahmudah, di dalamnya merimbun sifat-sifat mahmudah yang lain.
BERMULA DENGAN NIAT SEMATA-MATA KERANA ALLAH : Menghayati ikrar dalam solat Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah seru sekelian alam. Niatlah yang menentukan sesuatu amal kita itu mendapat penilaian dari Allah atau hanya jadi nilaian dunia semata-mata. Alangkah ruginya kita apabila setiap persoalan hidup ini tidak dinilai Allah. Bila pulang mengadap Allah kantong amal kita kosong...lalu apa lagi yang boleh kita pertaruhkan ?
BERMULA DENGAN DOA DAN HARAPAN : Doa adalah self talk yang paling afektif bagi memperkasa harapan dalam mendepani persoalan hidup di hari yang baru.
BERMULA DENGAN MERANCANG : Khalid al Walid ketika masih kufur bila berdepan dengan Rasulullah dalam medan Uhud tidak menjangkakan perancangan rapi Rasulullah dalam mendepani kafir Quraisy…lukisan yang Rasulullah lakarkan atas pasir dalam perancangan perang Badar dan Uhud itu menjadi guide line bagi Khalid ketika menjadi general tentera Islam dalam menundukkan musuh Rom dan Parsi. Rasulullah yang dikurniakan mukjizat menggunakan seluruh kebijaksanaan (Fathonah) dalam mengurus perjuangannya ! Bagaimana dengan umat hari ini yang tidak punya mukjizat dan lemah perancangan ? Di manakah kejayaan ? Nuuun.... atas pucuk kayu Ara...
BERMULA DENGAN MINDA UNTUK BUAT YANG TERBAIK : konsep Itqan , Ehsan dan ahsanu amala menjadi paksi dalam segenap tindakan. Ingat, Musuh bagi terbaik adalah baik. Islam agama terbaik seluruh amalnya mestilah compliant dengan induk Islam yang terbaik ini ! Amal bukan dibuat hanya digelar kita telah melaksanakanya…tetapi dinilai oleh Allah apabila kita buat yang terbaik.
BERMULA DENGAN MINDA UNTUK MUHASABAH : Sedar bahawa walau sekuat mana kita berusaha melakukan yang terbaik akan ada ruang kelemahan untuk diperbaiki, kita tidak dapat memperbaiki masa hadapan dari masa belakang yang tidak dibetulkan ! Minda ini membuahkan semangat untuk terus belajar dan balajar dan suka diberikan teguran nasihat dan tunjuk ajar. Tanpanya kita kekal di dalam kepompong egois sendiri dan berlendir sampai bila –bila sebagai ulat !
Itu sedikit Awai’l buat kita mulakan langkah, semoga kita kian hampir dengan redha Allah atas amal terbaik yang dibangunkan…amen salam ukhwah.
0 comments:
Post a Comment