RAKAN SIBER

Thursday, April 15, 2010

Dalam Rimbun Syakban



Syakban dari bahasa Arab lama yang bermaksud: berpecah-terpencar. Ini merujuk kepada keadaan orang Arab dahulu yang keluar beramai-ramai untuk mencari air apabila sampai bulan ini. kenapa mencari air ?
nanti akan datang selepas ini satu bulan yang panas membara: Ramdha'.
Bulan telah tidak selari dengan musim apabila Rasululah meminta kiraan bulan mengikut qomary, tetapi falsafah syakban masih hidup: Bulan persediaan bagi menghadapi satu bulan yang hebat selepasnya!
Syakban sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan.
Kerana itulah Rasulullah SAW mempersiapkan diri dengan mula membuat pecutan melipat ganda amal ibadah supaya terus disambung dibulan Ramadhan. Sekiranya pada hari pertama atau minggu pertama di bulan Ramadhan baru nak mulakan pecutan dalam melipat ganda amalan nescaya ia akan segera padam sebelum sempat kiraan 30 hari di bulan Ramadhan. kita akan melengkung turun sebelum sempat melepasi palang seperti seorang pelompat galah yang tewas.
amat malang Ramadhan yang datang nanti berlalu sepi, pergi tanpa rindu dendam oleh umat yang tidak melaung ahlan sebelum Ramadhan menjelang tiba.
Semoga rimbun Syakban kali ini ada nafas harapan, agar Ramadhan ini kita direzkikan untuk menjengahnhya bersama lautan manfaat yang memberi bekal sepanjang tahun....saling doa mendoa antara kita sesama saudara. ameen

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP