IBU BAPA RASULULLAH SAW
Hari ini selepas kelas dalam sesi soal jawab ada sesuatu yang menarik, buat dikongsikan dengan sahabat-sahabat. Ia adalah berkaitan persoalan tentang perkara yang dibangkitkan dalam artikel sebuah surat khabar mengenai :
Ibubapa Rasulullah yang didakwa sebagai kafir dan ahli neraka.
Polemik ini perlu ditangani sebaik mungkin kerana ia sesuatu yang berkaitan dengan Rasulullah secara langsung. Ia sebahagian daripada cabang akidah.
Alhamdulillah dalam mempermudah kefahaman kita perlu meninjau dari sudut ilmiah, mari lihat melalui fatwa jelas oleh seorang ulama’: Prof.Dr.Ali Jumu’uh Mufti Mesir. Terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Muhammad Fuad Kamaludin yang mempermudahkan lagi sehingga perbahasannya boleh difahami masyarakat tanpa halangan masalah teknikal dan istilah ilmiah yang berselirat!
Dalam persoalan ini saya kira jawapan sebenarnya adalah terletak kepada:
1. Sejauh mana kecintaan kepada Rasulullah menjawab persoalan.
2. Sejauh mana mengeluarkan hukum dengan kaedah yang tepat.
Perkara pertama yang perlu dilihat dengan lmendalam adalah adab dengan Rasulullah. Kita perlu menjaga hubungan dengan Rasulullah melalui tuturkata walaupun Rasulullah telah lama wafat. Kewafatan tidak menjarak antara kita dengan Rasulullah seperti juga kita diminta agar terus berselawat kepada baginda walaupun baginda telah wafat. Kita lihat beberapa ingatan Allah di dalam al-Quran,
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“dan orang-orang menyakiti Rasulullah bagi mereka azab yang pedih”
إنَّ الّذِينَ يُؤْذُونَ اللهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللهُ في الدُّنْيَا والآخِرَةِ
“sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan rasulNya mereka dilaknat di dunia dan akhirat…”
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَى فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu jadi seperti orang-orang Yahudi yang telah menyakiti Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala yang mereka katakana. Dan adalah dia seorang yang mulai di sisi Allah.”Perkara yang paling menyakitkan seseorang adalah apabila tuduhan dilemparkan kepada ibubapa mereka. Kita melihat Rasulullah menjaga ini di kalangan para sahabat apabila menegah mereka menyakiti anak perempuan Abu Lahab yang mengungkit-ungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab, walaupun kejahatan Abu lahab itu jelas di dalam al-Quran. Ia juga kita dapati dalam ingatan Rasulullah terhadap para sahabat apabila mereka tidak menjaga dalam memperkatakan kekufuran Abu jahal di hadapan Ikrimah RA. Rasulullah begitu halus menjaga hati para sahabat dengan menegah menyebut perkara yang boleh menyinggung mengenai ibubapa mereka yang kafir,
Perkara penting yang perlu jelaskan adalah:
Soal kekufuran ibubapa seseorang itu adalah perkara yang sangat menyinggung.
Apabila kita menyedari perkara ini kita tentu sangat berhati-hati di dalam membicara persoalan ini.
Adakah ibubapa nabi sebenarnya kufur dan ahli neraka ?
Mari lihat kepada sandaran hadis bagi mereka yang mengatakan ya.
عن أنس أن رجلا قال يا رسول الله أين أبي قال في النار فلما قفى دعاه فقال إن أبي وأباك في النار
Dalam hadis sohih Imam Muslim, dari Anas : datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, di manakah bapaku? Jawab Rasulullah , di neraka. Apabila lelaki itu berlalu Rasulullah memberi tahu.sesungguhnya bapaku dan bapamu di neraka.Dalam sebuah hadis panjang menceritakan Rasulullah SAW berjalan bersama sahabat lain termasuk Saidina Umar RA, Rasulullah SAW menangis di satu kuburan dengan tangisan yang memilukan Rasulullah memegang tangan saidina Umar RA dan memberitahu bahawa ia adalah kubur ibu kandung Rasulullah, Aminah..
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال صلى الله عليه وسلم :
« وإني استأذنت ربي في زيارتها فأذن لي ، ثم استأذنته في الاستغفار لها فلم يأذن لي »
Dalam riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda;« وإني استأذنت ربي في زيارتها فأذن لي ، ثم استأذنته في الاستغفار لها فلم يأذن لي »
"Sesungguhnya aku meminta izin daripada Tuhanku untuk menziarahi kubur ibuku dan diizinkanNya kemudian aku meminta untuk meminta keampunan baginya, Allah tidak mengizinkan kepadaku."
Sekali imbas kelihatannya hujah daripada hadis ini telah memadai untuk menentukan fatwa…Tetapi bagaimanakah pandangan ulama di kalangan ahlu sunnah wal jamaah mengistinbatkan hukum dan fatwa bagi masalah ini?
Kita perlu melihat Perkara kedua , nampaknya untuk menjawab perkara ini kita perlu menggunakan kaedah yang benar apabila menetapkan sesuatu fatwa…….(Bersambung)
0 comments:
Post a Comment