RAKAN SIBER

Wednesday, May 12, 2010

DIABETES natural treatment


DIABETES natural treatment


Saya hanya ingin berkongsi pengamalan kesihatan secara natural ini melalui e-mail yang saya terima daripada seorang sahabat yang menceritakan keberkesanannya. Semoga ianya bermanfaat kerana kesihataan adalah nikmat yang diminta agar kita memeliharanya….
jom kita lihat,

Pada bulan lepas dalam satu rancangan TV diterangkan bagaimana merawat masalah gula (Diabetes).
Pengalaman seseorang bercerita:
Semenjak saya disahkan kencing manis saya mencuba perawatan menggunakan kacang bendi dan ia sangat berkesan dalam mengawal kandungan gula dalam darah.
Dalam masa yang sama saya telah mula mengurangkan penggantungan kepada ubat-ubatan. Ambil dua kacang bendi dan potong di kedua hujungnya.
Juga potong dua kacang tersebut lalu letakkan ke dalam air. Tutup gelas biarkan semalaman dalam suhu bilik.
Ketika bangun teruslah meminum air tersebut , seperti biasa bacalah basmalah serta selawat kepada Rasulullah, lakukannya sebagai amalan harian.
Dalam tempoh dua minggu, anda akan mendapati keputusan yang menakjubkan dalam pengurangan kandungan gula !

Ada seorang yang telah mengambil insulin selama beberapa tahun mengamalkan meminum air ini, telah berhenti daripada mengambil insulin setelah di dapati oleh doktor paras gulanya kian baik. Ia mencubanya dengan istiqomah selama beberapa bulan tanpa henti setiap pagi. Dia memotong lebih halus kacang bendi tersebut.
Kesannya mungkin berbeza antara seseorang dengan yang lain mengikut tahap kronik penyakit, sentiasa dapatkan perkembangan kesihatan melalui doctor apabila mengamalkan amalan ini.

Wallahu a’lam…selamat mencuba dan bertawakkal.

1 comments:

mohamad kholid May 13, 2010 at 4:48 PM  

ada yang mengamalkan merebus kulit epal hijau dan meminum airnya.

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP