RAKAN SIBER

Friday, February 26, 2010

cinta....tenaga penggerak paling berkuasa


Sekali lagi dalam usia ini kita mencium haruman Rabiul awwal. Menyerbu kisah tentang insan teragung kekasih Allah buat memantap panduan bagi jarum kompas yang menunjuk ke arah utara : Kecemerlangan pada nilaian Tuhan. Tiada bahasa buat mengukir pujian atas rahmat Tuhan yang terbesar : Saiduna Muhammad diutuskan ! Namun dalam muhasabah Rabiul awwal ini, kita tertanya-tanya ke dasar lubuk hati sendiri, kenapa kita tidak segagah para sahabat di dalam mengikuti perjuangannya menuruti sunnahnya ? kenapa kita tidak sekuat Abu Bakar di dalam mempertahankan kebenaran ? Kenapa kita tidak seperkasa Umar di dalam membezakan antara hak dan batil ? Kenapa langit itu begitu tinggi buat kita gapai ? Kenapa mereka mendapat bintang khaira ummah dalam serba serbi kedahoifan fizikal berbanding kita yang mewah pada hari ini ?Apakah rahsia mereka ?!
Mungkin rabiul awwal boleh bercerita... Apakah bentuk hubungan antara para sahabat dengan rasulullah ?
Adakah seorang pengikut dan pemimpin ?
Adakah sultan dan rakyatnya ?
Adakah murid dan guru ? atau apakah sebenarnya ?
Mari kita mendengar suara hati para sahabat, yang apabila berjumpa nabi mereka berkata ;
" Aku mencintaimu wahai kekasih Allah..."
"Kami lebih mencintaimu lebih dari nyawa kami sendiri..."
" Wahai Rasulullah yang mana roh kami adalah tebusan bagimu..."
Apakah yang membezakan kita dan mereka ?
Jawabannya adalah tentang cinta ! Apa yang ada dilubuk hati mereka tidak sama dengan apa yang ada dilubuk hati kita, mereka sangat kaya dengan cinta kepada Rasululah sedangkan kita miskin, fakir dan gersang dari cinta kepadanya ! ( Mungkin hati kta telah sarat dengan muatan cinta dunia yang beratnya bertan-tan)
Kita terlupa tentang kuasa cinta. Kita biasa mendengar apabila orang bercinta menuturkan;
" Lautan api sanggupku renangi..."
Wah ! hebatnya kuasa cinta. Cinta ini lah yang patut dipupuk dan menjadi penaut hubungan antara kita dan Rasulullah.
Buahnya adala bibir basah dengan selawat yang banyak kerana malu kepada ayat Allah, "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi...." Siapakah kita untuk berkarat untuk berselawat, sedangkan Allah yang Maha Mulia berselawat kepadanya.
Buahnya adalah memahami Islam dengan sempurna kerana berjaya memahami sirahnnya, lalu kita membuat penetapan minda (mind set) di dalam mengurus hidup dan perjuangan ini mengikut set tersebut.
Buahnya adalah bangga kepada sunnahnya dan bersedia untuk menghidupkannya serta bangga kepada sesiapa sahaja yang mengikutinya.
Buahnya adalah memahami tanggung jawab dakwah di dalam penyelesain tuntas atas semua masalah dan persoalan. Rasulullah berhadapan dengan patent manusia yang jauh lebih parah dari manusia yang ada di sekitar kita, lalu penyelesaian untuk masalah adalah dengan mengikut jejaknya ( kaedah) bukan sekadar memahami bahan dan ramuan ! Semoga 12 haribulan ini menghadiahkan kita suatu rasa baru terhadap Rasulullah dalam lautan rasa cinta yang kian dalam....kian dalam....kian dalam .

Salam kasih sayang.
12 rabiul awwal

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP