Memacu Ke Lebuhraya Kehidupan
Ramai manusia tersesat atau lebih tragis ditimpa
kemalangan di laluan hidupnya. Lebuh raya hidup bukan lagi menjadi laluan
menuju matlamat sebaliknya bertukar menjadi medan kehancuran dan kemusnahan
diri.
Pengguna lebuh raya hidup perlu kepada panduan agar
sentiasa kekal selamat di samping memastikan tidak teralih arah ke matlamat
yang salah.
Seperti lebuh raya sebenar yang mengandungi banyak R&R di sepanjang
perjalanan serta pelbagai papantanda isyarat dan petunjuk, begitulah di lebuh
raya kehidupan. Ia mengandungi R&R dan papan tanda isyarat dan tanda-tanda
bagi memastikan kita selamat sampai ke destinasi.
Mari memanfaatkan papan tanda di sepanjang laluan dengan memahami dan
mematuhinya dengan penuh sabar. Di sana tersembunyi apa yang diharapkan oleh si
musafir; keselamatan dan ketenangan hakiki dalam menuju matlamat bahagia.
Dapatkannya di sini |
Buku ini mengajak pembaca memecut ke hadapan dengan langkah positif dalam
menuju keseimbangan secara proaktif dan tanpa bertangguh supaya tidak berlaku
kepincangan dalam hidup. Di setiap R&R kita berhenti, bermuhasabah buat
mendapat kelegaan untuk terus memacu ke lebuh raya kehidupan.
0 comments:
Post a Comment