Kami : Seluruh anggota kami
Saya menerima beberapa panggilan pagi tadi sehabis program Durul Hikmah di IKIM.fm, saya merasa insaf dengan perkongsian rasa itu dan seperti yang setiap kita dambakan di dalam hidup ini adalah perhatian, belas kasihan serta sayang dari Allah... Tuhan kita yang maha Penyayang.
Apa yang dibicarakan tadi adalah bagaimana kita ingin memuncakkan rasa di dalam solat. Khusu' adalah sesuatu di dalam hati sedang fungsi hati adalah merasa !
Untuk memperolehinya, Ianya tentu sekali bermula dengan kita menyedari bahawa apa-apa yang kita laku dan tuturkan dalam solat itu mengandungi erti dan makna yang sangat mendalam.
Seiring dengan penghayatan seorang hamba yang sedang tertunduk di hadapan kebesaran Tuhannya.
Ketika kita menuturkan : "Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami mohon pertolongan."
Dalam pertemuan-pertemuan sebelum ini telah dikemukakan beberapa pandangan dari sudut lain tentang gantinama 'kami' . Ia digunakan bagi mewakili saudara- saudara muslim yang lain juga betapa kita membesarkan kedudukan ibadah dan permintaan tolong dari Allah.
Kali ini, kita lihat dari susut yang lain pula apabila penggunaan 'kami' sebagai gantinama diri adalah bagi menyatakan kerendahan diri.
'Kami' di sini merujuk kepada seluruh anggota tubuh. Ertinya kita mengikrarkan bahawa kepada Engkau ya Allah seluruh anggota kami yang terdiri dari kepala, badan, tangan, kaki , organ dalaman, darah, urat sehingga kepada seluruh halaian rambut ini meyembah, yakni tunduk dan patuh serta kepada Engkau dan seluruh anggota tubuh ini memohon pertolongan dari Mu ya Allah.
Alangkah mendalamnya rasa yang hadir dari ungkapan ini dengan kesedaran yang terlimpah di dalam hati bahawa setiap anggota kami ini tunduk kepada Engkau ya Allah.
Kita penuh sedar bahawa diri adalah merupakan sebuah kerajaan. Ia mempunyai raja, penasihat, tentera serta rakyat jelata. Dalam kalimah pada surah Fatihah ini, kita mengikrarkan bahawa seluruh yang ada dalam kerajaan diri ini semua nya tunduk kepada kebesaran Allah.
Dalam sebuah diri, terdapat raja yakni hati yang merupakan pemutus akhir bagi sesuatu keputusan kemudian kita punya penasihat yakni akal fikiran bagi memberi saranan-saranan dalam membantu raja memutuskan keputusan, kita juga mempunyai bala tentera yakni seluruh pancaindera yang bertindak mengawal, menjaga dan bertindak memberi input berguna bagi akal dan hati. Terakhir adalah seluruh anggota tubuh yang diibaratkan seperti rakyat jelata yang patuh kepada apa yang diputuskan kepada mereka.
Dalam realiti hidup ini kita dapati, berapa ramai orang yang hatinya tidak tunduk kepada Allah, berapa ramai pula yang akalnya sering kali membantah Allah, berapa ramai pula yang pancainderanya tidak menjumpai pun kebesaran Allah juga berapa ramai pula yang anggota tubuhnya jadi derhaka kepada Allah !
Alangkah indahnya bilamana kita menuturkan ayat ini dalam setiap kali solat kerana ia merupakan ubat yang menjinakkan hati yang liar, mententeramkan akal yang keliru , memberi erti dan mendamaikan pancaindera dan mendidik anggota tubuh keseluruhannya. Ini ada dalam penghayatan bagi maksud 'kami' tadi.
Bilamana rasa ini berlaku dalam diri, benarlah solat Rasulullah yang mana solat itu merupakan kerehatan hakiki dan penyejuk mata hati.
Benarlah firman Allah : " Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu.."
Salam kasih sayang...moga solat menjaga kita seperti kita menjaganya.

2 comments:
Assalamualikum W.B.T. Kaifa haluka ya ustaz? Sibukkah ustaz saat ini..Tatkala di Pesta Buku, PWTC baru-baru ni, saya ada bersapa n dptkan autograf drpd ustaz. Apakah boleh saya bookmark kan blog ustaz di blog saya.:) Terima kasih. Semoga ustaz & keluarga dirahmati Allah selalu.
damai suria yang budiman,
Terima kasih atas ruang waktu yang diperuntukkan di sini, semoga kita beroleh rahmatNya sentiasa.Ameen...
Ahlan kepada semua benda yang baik.
Post a Comment