RAKAN SIBER

Thursday, November 12, 2009

padah jahil


Tiga orang pengembara mengembara ke sebuah daerah terpencil di benua Afrika. Dalam pengembaraan itu mereka telah ditangkap lalu dibawa ke tengah kawasan yang berserakan dengan tengkorak manusia.
“Kamu telah memasuki kawasan kami dan akan dihukum mati!!” tempik ketua puak dengan wajah gerun.
“Tolonglah kami...” Rayu ketiga-tiga pengembara sambil menangis.
“Baiklah..oleh kerana kamu merayu aku beri kamu satu peluang.” jerit ketua puak, ketiga pengembara berasa dingin kelegaan.
“Tetapi dengan satu syarat!” sekali lagi dia bersuara.
”Apakah syaratnya?
”Kami akan turuti.” Sahut mereka bertiga.
”Kamu diminta mendapatkan buah-buahan untukku. Bawakan kepadaku sebelum matahari tergelincir.” Suaranya garuk menjelaskan syaratnya.
Tanpa berlengah mereka meluru ke dalam hutan untuk melaksanakan tugasan. Setelah hampir tamat masa yang yang diberikan, seorang pengembara dengan girang menunjukkan beberapa biji buah manggis yang ditemuinya kepada rakannya yang hanya menjumpai beberapa butir buah ceri.
Kedua mereka segera menyerahkan buah yang mereka temui kepada ketua puak.
“Bagus...bagus!” Ucap ketua puak.
“Kamu telah berjaya melaksanakan tugasan pertama, sekarang buat tugasan kedua pula.”
”Hah !! ada tugasan lagi ?” jerit mereka serentak.
”Kamu diminta memasukkan buah itu ke dalam lubang hidung masing-masing. Kamu tidak dibenarkan menangis atau ketawa semasa memasukkannya.”
Alangkah kesalnya pengembara yang membawa buah manggis, tetapi apakan daya demi menyelamatkan diri sendiri, dia berusaha sekuat hati memasukkan buah manggis itu ke dalam lubang hidung, beberapa kali dia mencuba tetapi gagal ..kerana sakit dia menangis.
”Kamu akan dihukum mati kerana menangis ! jerit ketua puak tanpa belas kasihan.
Dia dicampak ke dalam sangkar kayu bagi menunggu saat hukuman dilaksanakan.
Di dalam sangkar dia menyalahkan diri sendiri kerana memilih buah manggis .
”Kenapalah aku cari manggis..alangkah baiknya kalau aku ambil buah ceri sahaja macam sahabat yang seorang tu..” Kesal di hati tak sudah –sudah.
Tiba-tiba pintu sangkar terbuka dan rakannya dihumban masuk.
”Eh... kenapa kamu kat sini, bukankah buah ceri tu kecil dan mudah untuk dimasukkan ke dalam lubang hidung kamu?”
”Memanglah mudah, tapi mana aku boleh tahan... sedang aku masukkan buah ceri dalam lubang hidung tup-tup datang kawan kita yang sorang lagi tengah dok heret buah nangka!”
”Akupun tergelak besar..bayangkan bagaimana nak sumbat nangka tu dalam lubang hidung dia!”
Pokoknya, semua mereka keluar cari buah tapi tak tahu apa tujuannya....itulah padah bila tak tahu !

Moral:
1.Bila kita jahil, buat sesuatu yang baik pun jadi salah!
2.Sebab itu jahil adalah musuh agama, musuh Allah dan musuh dalam hidup ini.
3.Tuntutlah ilmu sampai bila-bila.
4, Tawadhuklah apabila berilmu

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP