RAKAN SIBER

Thursday, April 23, 2009

Buku Baharu Untuk Anda

Pada 17hb.April 2009 bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa 2009 yang berlangsung di PWTC, buku terbaharu saya yang bertajuk U-TURN Ke Jalan Lurus telah dilancarkan. Buku ini teras bicaranya adalah himpunan hadis Qudsi dalam kitab Al Mawaiz fil Ahadis Qudsiah karya Imam Al Ghazali.

Ketika saya meneliti dan menterjemahkan kitab ini saya merasakan bahawa pengajaran yang terdapat di dalamnya sangat menyentuh hati sehingga saya kira ianya perlu dikongsikan dengan semua orang.

Apa yang saya tambah kemudiannya di dalam buku ini adalah mutiara kata diikuti pula kisah dan cerita yang mengandungi iktibar serta pengajaran yang mana ianya sangat hampir dengan kehidupan seharian kita.

Tajuk U-TURN KE JALAN LURUS dipilih kerana hakikat hidup ini mengajarkan kepada kita bahawa setiap manusia melakukan kesilapan, apa yang perlu kita lakukan adalah kembali ke jalan lurus. Namun untuk kembali ke jalan lurus manusia perlu disedarkan. Titik-titik kesedaran itulah yang membezakan di antara manusia.

Sekiranya tidak sedar nescaya manusia akan kekal di atas jalan salah itu sehingga akhirnya ia lali di atasnya!Selamat bertemu di dalam helaian U-TURN...

3 comments:

Unknown April 30, 2009 at 12:26 PM  

tob'an ya ustaz...ana pun rasa sebak bila membaca kisah-kisah seta pengajaran yang digali menerusi hadis Qudsi.Tahniah kerana berjaya meruntun jiwa ana yang agak lama tak di'servis'.Barakallahu Lak
Siiru 'ala Barakatillah.

Forever Cookies May 10, 2009 at 12:38 AM  

Assalamulaikum ustaz,dimana saya boleh membeli buku ni? saya amat teringin untuk memiliki buku ni.Saya tidak kesempatan utk ke pesta buku baru baru ni.

erdy tan April 19, 2011 at 12:14 AM  

salam,
sebuah buku yang amat berguna untuk dijadikan bahan ilmiah pada generasi muda sekarang.. sy ada terbaca buku ini ketika melawat rumah saudara sy.. mmg menarik perhatian dan banyak kata2 nasihat dan peransang. terima kasih di atas ilmu dan nasihat yg telah disampai..

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP