Christian Si Singa ; Pandangan 100 Kasih
Saya melabuh dan duduk di hadapan televisyen pada suatu pagi cuti yang indah. Tangan mencapai remote control menekan-nekan tanpa tujuan beberapa chanel. Saya berhenti di 702 rancangan talk show terkenal Oprah Winfrey. Perlahan-lahan saya rasa terpanggil menyaksikannya, apa yang di paparkan begitu menarik. Tanpa disedari saya memerhati dengan tekun, membetul duduk lalu perasaan saya bangkit, bulu roma meremang dan ada air mata hangat mengalir di pipi ( Saya cuba mengelaknya dari dilihat oleh sesiapa). Apa yang dipaparkan adalah kisah seekor singa yang dibela sejak kecil oleh dua orang sahabat iaitu John Rendall dan Antony “Ace” Bourke di kota London sekitar lewat tahun enam puluhan . Hubungan antara keduanya sangat erat, tautan begitu luhur sukar untuk mendefinisikan apakah hubungan ini. Namun itulah hakikat dan itulah kuasa fitrah yang berlari dalam pembuluh darah Christian ! ( Nama yang diberikan kepada singa tersebut) Christian dijaga begitu baik penuh kemanjaan dan perhatian. Mereka begitu rapat, ke mana-mana mereka bersama. Kedua pemuda ini mengambil tempat ibu dan bapanya, membekal seluruh keperluan hidup juga kasih dan sayang. Kemuncak paparan itu adalah apabila Christian di hantar balik ke habitat asalnya di Kora National Reserve Kenya.
Terpisahlah mereka oleh jarak juga tempoh waktu. Setelah setahun berlalu mereka kembali dipertemukan dalam lapangan berbeza . Pakar haiwan meramalkan bahawa Christian akan kembali kepada naluri kebinatangannya. Untuk dipertemukan seperti dahulu adalah mustahil ! Saat yang dinantikan tiba, langkah demi langkah dirakam dengan teliti setiap riak perubahan diperhati, nafas jadi sarat, sesak dengan andaian pelbagai. Pertemuan ini adalah antara manusia dan seekor singa hutan yang telah matang, yang mempunyai seluruh senjata survivalnya dan ketangkasan. Christian berlari laju meluru…apa yang disaksikan kemudian adalah keajaiban, Christian merangkul dan memeluk bekas tuan semahu-mahunya. Dia seperti ingin melempias seluruh rasa yang sarat, merengek kemanjaan dan menjilat-jilat, mereka menangis kepuasan atas nama kerinduan yang sangat dalam .
Alangkah hairannya bahasa kasih, mistiknya arca sayang dan abstraknya erti sebuah perhubungan. Christian telah buta naluri kebinatangan tajam kasih dan sayangnya. Jasa tetap jasa, syukur boleh difahami walaupun oleh seekor haiwan buas. Kisah ini kekal memberi kesan ke dalam hati sesiapa sahaja walaupun ceritanya telah melewati tiga dekad.
Setiap mata yang menuntun paparan itu pasti mempunyai sudut pandang sendiri…Ada yang mengaitkan dengan kuasa kasih yang tidak berhorizontal …keajaiban dalam naluri dan hubungan antara sesama makhluk, perasaan belas kepada haiwan atau apa sahaja. Tetapi semuanya berkaitan kasih, sayang atau cinta.
Di penjuru kecil ini marilah kita selusuri cerita dan memadankan pengajaran ajaib ini berpandukan hadis Rasulullah. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :
ان الله عز وجل مائة رحمة , فمنها رحمة يتراحم بها الخلق بينهم وتسعة و تسعين ليوم القيامة
“ Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia mempunyai seratus rahmat, maka daripadanya satu bahagian rahmat yang mana dengannya para makhluk berkasih sayang sesama mereka di dunia, manakala baki sembilan puluh sembilan rahmat-Nya yang lain adalah untuk hari Akhirat (kepada hamba-Nya yang beriman)” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 6000 , Muslim no. 2752 dan Ahmad no 439 Jilid 5 serta Ibn Majah no. 4293)
Kita sering silau dengan suluhan kasih sesama insan. Di mana-mana kita mendengar orang menyanyikan lagu-lagu cinta. Kisah seerti Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet serta Uda Dara berlegar di layar hidup seharian pada skrin sangat besar dan jelas. Dengannya kita bernafas, merasai kepuasan dalam hidup dan mencapai makna yang dalam . Diri rasa dipedulikan serta mendapat perhatian. Alangkah indah punya teman bicara yang sering mengerti. Seseorang buat disandarkan kepala di bahu mengadu dan bermanja…Menangis bersama serta berkongsi sedu dan sapu tangan. Punya seseorang di sisi buat melerai tawa menterjemah gembira melagukan ria. Bila berpergian dialah sebab kenapa kita kembali. Dialah paksi ingatan lalu rindu terpusat. Alangkah asyik mewarnakan sayang pada kanvas hidup ini.
Namun rupanya semua itu baru satu dari seratus yang diperuntukkan Allah buat hambaNya ketika di dunia. Cuba bayangkan betapa indahnya hidup ini.. Namun sekali lagi diingatkan bahawa itu baru satu dari seratus. Bahagian sembilan puluh sembilan ditambah, akan di anugerahkan kepada seseorang yang layak memasuki syurga Allah. Syurga itu rupanya bukan hanya taman firdausi yang menjanjikan panorama terindah dengan sungai dan air yang mengalir, pasir dan istana dengan kilauan emas permata tetapi di sana ada rasa dalam gejolak cinta yang sangat manis di astakona hati. Hati ini tentu kelu untuk membayangkannya, rasa tentu terpinga-pinga untuk memahami bahasa emosi di sana !
Baru satu di sini kita telah rasa begitu selesa sehingga semua cerita adalah mengenainya. Di mana-mana manusia berpasangan dibelai rasa ini hatta singapun boleh menterjemahkannya sepertia paparan tadi dan di Youtube.
Bagaimanakah rasanya memiliki seratus kasih, seratus cinta dan seratus anugerah itu di syurga nanti ? Alangkah indahnya….
Alangkah rugi bagi mereka yang mabuk kecubung dengan cinta yang satu di sini tetapi terkorban seratus cinta yang terindah di sana. Tidak berbaloi terfana dengan nikmat yang satu dan melepaskan nikmat cinta hakiki dengan mengikut bujukan hawa nafsu lalu cinta murni bertukar menjadi subjek noda dan objek dosa.
Setiap kedosaan itu muaranya adalah neraka jahanam, destinasi akhir kesengsaraan dengan alat dan perkakasan serba menyakitkan. Lebih memeritkan ia pusat kontang cinta dan gersang kasih sayang. Ia tempat yang tiada siapa memberikan perhatian , tiada siapa boleh memberi bahu untuk disandarkan dan berkongsi cerita… apatah lagi air mata. Lembah hitam apakah ini dan siapakah yang tega memilihnya ?
Justeru marilah memanfaatkan cinta demi cinta kepadaNya dan cinta demi cinta di sana yang abadi…
Selamat beradu di daerah cinta yang damai…dan ingat ini baru permulaan !

0 comments:
Post a Comment