RAKAN SIBER

Friday, November 27, 2009

SALAM EIDUL ADHA


Buat seluruh rakan-rakan dan sahabat yang dihormati, salam eidul Adha diucapkan sempena hari baik yang telah ditentukan Allah ini. Semoga kita beroleh manfaat dari ibadah qorban pada tahun ini.

Semoga, menjadikan kita kian qorib dengan Allah, sanggup berkorban apa sahaja demi khidmat sesama insan. Setiap titis masa , helaian kepedihan atas nama qorban menjadi saksi bila kita berdiri di hadapan Rabb, menjadi pembela di negeri abadi.

Ya Allah berikanlah kami kelurusan hati seperti Ibrahim,

ketaatan rasa seperti Ismail,

kewajaan jiwa seperti Hajar.

Ya Allah...Kami juga ingin menyenarai diri dalam kelompok hambaMu yang patuh ketika dunia dipenuhi manusia derhaka.

Ya Allah... Hidupkanlah hati ketika kian membatu hati dan jiwa oleh dunia yang menipu.

Ya Allah...Moga lembayung sinar hidayahMu bersama kami hinggalah kami tiba kepadaMu.

Ya Allah...Peliharalah maruah kami dan rezkikan kami cintaMu yang damai.


Salam ...salam dan salam kasih sayang.

Masukkan teks seterusnya di sini

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP